Penyokong England Kecewa Larangan Pesta Alkohol Dan Hubungan Bebas Di Qatar

Sebelum ini FA Inggeris telah mengeluarkan beberapa garis panduan tentang peraturan negara Qatar yang harus diikuti oleh rakyat negara mereka yang bertandang ke Qatar.

Antaranya adalah larangan membawa sebarang jenis dadah, kerana Qatar negara yang mengharamkan penggunaan dadah selain perubatan.

Seterusnya FA England turut mengeluarkan amaran agar rakyatnya yang ke Qatar tidak melakukan hubungan bebas sesuka hati di Qatar.

Kesalahan melakukan hubungan yang bukan antara suami isteri di Qatar adalah kesalahan berat kerana ianya dikira maksiat.

FA England memberikan amaran itu awal awal kerana ianya sudah menjadi budaya orang England untuk ‘one night stand’ dengan pasangan yang mereka baru temui ketika temasya seperti Piala Dunia.

Polis England memberitahu Daily Star bahawa: “Hubungan kelamin adalah menu yang tidak boleh dinikmati sesuka hati di Qatar. Kecuali kamu pasangan suami isteri.”

“Tidak akan ada budaya one-night stands semasa temasya itu nanti.”

Seterusnya budaya pesta alkohol sebelum dan selepas perlawanan yang biasanya dilakukan peminat England di tempat terbuka, adalah tidak dibenarkan di Qatar.

“Seterusnya tak boleh berparti sesuka hati. Dan setiap orang harus mengikuti peraturan, kecuali mereka mahu merasa meringkuk dalam penjara.”

“Hubungan bebas adalah dilarang di dalam Piala Dunia Qatar kali ini buat pertama kali. Peminat harus bersedia menerima hakikat ini.”

Menurut laporan oleh Daily Star, hubungan bebas bukan suami isteri adalah tidak dibenarkan di Qatar dan kesalahan itu boleh membuatkan pasangan yang kantoi dipenjara sehingga 7 tahun.

Walaupun Qatar sebelum ini sudah menyatakan bahawa mereka tidak akan terlalu ketat dalam menjaga pasangan yang mendaftar masuk ke dalam hotel. Tetapi FA England dan Polis England mengingatkan kepada rakyatnya bahawa itu tetap satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang undang.

Selain itu, polis England juga mengingatkan rakyatnya agar menghormati peraturan tiada hubungan sejenis dibenarkan di Qatar. Terutama sekali aktiviti intim secara terbuka antara sesama jantina. Kesalahan tersebut juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 7 tahun.

Seorang penyokong England menyatakan bahawa undang undang negara Qatar itu adalah menakutkan dan dia berkata Piala Dunia 2022 akan menjadi piala dunia yang teruk.

Ramai peminat England mulai mempersoalkan di mana semangat mengalu alukan tetamu oleh Qatar. Seperti mana yang mereka katakan dalam kenyataan media alu aluan beberapa bulan lalu. Dan memberikan jaminan bahawa pelancong yang datang dari luar boleh tinggal bersekedudukan di hotel walaupun bukan suami isteri.

Namun rakyat Qatar diingatkan sama sekali bahawa mereka tidak boleh meniru perbuatan tersebut.

CEO Piala Dunia, Nasser Al-Khater beberapa bulan lalu menyatakan bahawa Qatar akan menerima budaya masyarakat berbeza dari seluruh dunia ketika Piala Dunia 2022. Ini termasuk membenarkan kibaran bendera pelangi. Namun dia tetap meminta agar pasangan sejenis tidak terang terangan melakukan maksiat mereka, kerana itu boleh mendedahkan mereka kepada risiko diserang secara verbal.

Nasser menjelaskan bahawa: “Qatar adalah negara yang mengalu alukan kedatangan semua orang. Dan tiada seorang pun harus berasa takut atau terancam di sini.”

Qatar malah menyatakan bahawa mereka yang berkahwin sejenis diminta jangan risau untuk datang ke negara mereka nanti dan tinggal bersama di dalam hotel.

Nasser menambah: “Qatar adalah negara moden. Semua perkara itu perlu kita hormati. Selain itu, setiap orang bebas untuk menjalani kehidupan mereka.”

“Mereka [yang songsang] akan tiba di Qatar sebagai penyokong bola sepak. Mereka boleh melakukan apa sahaja di sini seperti manusia lain.”

“Apa yang saya cuba sampaikan di sini, Qatar, dari sudut pandangan orang ramai adalah negara konservatif.”

Ini kerana masyarakat Qatar tidak boleh menerima perkara itu. Namun dia berjanji bahawa, polis akan cuba membantu setiap pelancong sukan yang hadir.

“Keselamatan setiap penyokong yang datang adalah keutamaan kami.”

“Namun, perbuatan menunjuk nunjuk hubungan romantik di khalayak ramai adalah bukan budaya di sini.”

Tetapi beberapa bulan kemudian keluar pula kenyataan bahawa polis mungkin akan merampas bendera pelangi yang dikibarkan di luar stadium. Kerana risau perbuatan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat dan menyebabkan perakara tak diingini berlaku.

Mejar Jeneral Abdulaziz: Datang tengok bola la, tak perlu fikir benda lain

Mejar Jeneral Abdulaziz Abdullah Al Ansari – seorang pemimpin kanan yang menyelia keselamatan untuk kejohanan itu dan pengerusi Jawatankuasa Counterterrorism Kebangsaan Qatar – telah berkata dalam temu bual dengan Associated Press bahawa peminat boleh membawa dan mengibarkan sebarang bendera pelangi, mempromosikan isu pelangi.

Namun Ansari menyatakan, jika tiba tiba ada pegawai keselamatan merampas bendera pelangi itu, dia berharap orang faham bahawa tindakan itu untuk melindungi mereka.

Al Ansari menjelaskan: “Jika dia (seorang peminat) menaikkan bendera pelangi dan saya mengambilnya daripadanya, itu bukan kerana saya benar-benar mahu, sungguh, mengambilnya, untuk benar-benar menghinanya, tetapi untuk melindunginya.”

“Kerana jika bukan saya, orang lain di sekelilingnya mungkin menyerang dia. Saya tidak boleh menjamin kelakuan seluruh rakyat kami. Dan saya akan memberitahunya: ‘Tolong, tidak perlulah bersungguh sungguh nak menaikkan bendera itu pada ketika ini.”

Abdulaziz kemudian menasihati mereka yang berkunjung ke Qatar untuk fokus kepada menikmati Piala Dunia daripada membawa isus isu berbaur politik seperti kempen pelangi.

“Anda mahu menunjukkan pandangan anda tentang situasi (LG8TQ), tunjukkanlah dalam masyarakat di mana ianya diterima.”

“Kami sedar bahawa mereka ini mendapat tiket, datang ke sini untuk menonton perlawanan, bukan untuk menunjukkan, (perbuatan) politik atau sesuatu yang ada dalam fikirannya.”

“Tonton sahaja permainan bola sepak, itu lagi bagus. Tetapi jangan ada yang masuk dengan semata mata berniat menghina seluruh masyarakat dengan menggunakan perkara sebegini [provokasi].”

Al Ansari menambah bahawa pendirian keselamatan terhadap isu LG8T akan terhad kepada venue perlawanan kejohanan.

“Bagi yang mahu menempah bilik bersama-sama, tidur bersama [walaupun bukan suami isteri] – ini adalah sesuatu yang bukan perkara yang kami ambil kisah. Kami di sini untuk menguruskan kejohanan bola sepak dengan sebaiknya.”

“Jangan kita melampaui batas, perkara peribadi individu yang mungkin berlaku antara mereka ini … ini sebenarnya konsepnya.”

“Di sini kita tidak boleh mengubah undang-undang. Dan anda tidak boleh menukar agama selama 28 hari Piala Dunia.”

Sumber: Sport Bible

Baca yang lain