Pengurus Sampdoria, Claudio Ranieri semalam telah membuatkan penyokong Inter Milann terharu dan terkesima. Ini kerana beliau memutuskan untuk meminta pasukannya memberikan guard of honour kepada juara Serie A yang baru sahaja dinobatkan, Inter Milan.
Tradisi tersebut tidak berlaku di Itali. Namun Ranieri mahu menunjukkan semangat kesukanan dengan cara tersebut. Ini kerana menurut Ranieri beliau pernah diberikan penghormatan serupa oleh pasukan lain di England ketika Leicester mengejutkan dunia, menjadi juara EPL.
Pemain seperti Lukaku dan Alexis Sanchez kelihatan sangat teruja kerana mereka akhirnya berada dalam barisan yang menerima guard of honour sebagaimana tradisi di England.
Dan lebih menarik ianya dianggap salah satu guard of honour paling mesra dan penuh saling menghormati antara kedua dua pasukan.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Ranieri menjelaskan bahawa Guard of Honour itu diberikan kepada pasukan Antonio Conte sebagai menunjukkan sedikit rasa penghargaan kepada juara liga di Itali yang berkongsi piramid bola sepak dengan mereka.
Ranieri berkata: “Saya beritahu Quagliarella dan pemain pemain lain, alangkah bagusnya kita menandakan hari bersejarah Inter ini dengan cara orang di England. Dan mereka terus bersetuju dengan cadangan saya.”
“Bola sepak ini adalah sukan. Dan saya percaya sukan seharusnya ada sedikit menunjukkan semangat seperti ini, terutama sekali untuk pasukan yang menang liga dengan baki 4 perlawanan lagi.”
“Kami dulu pernah merasaiknya di Leicester, menerima penghargaan Guard Of Honour dalam perlawanan berikutnya dari Chelsea.”
Bringing English football tradition back to Serie A 🥺
Grazie, Claudio ❤️ pic.twitter.com/iyRaX3hfxi
— ESPN UK (@ESPNUK) May 9, 2021
Peminat peminat Inter ternyata menghargai usaha Ranieri itu dan menganggap beliau sebagai gentleman sebenar.
GUARD OF HONOUR. Stile Sampdoria ⚫️🔵🇮🇹1⃣9⃣ 👏👏 pic.twitter.com/d7IymBcuxa
— Daniele Mari (@marifcinter) May 8, 2021
Mereka berterima kasih kepada Ranieri kerana meraikan Inter sebagai juara, walaupun di atas padang mereka tetap lawan.
What a gentleman. Thank you Mr Ranieri
— Nicolas Mouchel (@nmouchel828) May 8, 2021
Ada yang tidak menyangka akan menyaksikan pasukan mereka Inter, akan menerima Guard Of Honor dalam hayat mereka.
Never thought I’d see the day my team would get a guard of honour 😭😭😭 pic.twitter.com/8alOrh6HDi
— Uncle Sharma *19* (@RSharmzz) May 8, 2021
Di atas padang, keputusan ternyata terus memihak kepada sang Juara. Di mana Inter menang besar 5-1 ke atas Sampdoria. Alexis Sanchez meledak 2 gol, manakala 3 lagi gol masing masing daripada Lautaro Martinez, Roberto Gagliardini dan Andrea Pinamonti.
Ranieri menganggap sang juara berhak menang kerana lebih baik dari segenap segi berbanding dengan mereka.
“Dukacitanya, kita melepaskan bolos terlalu awal selepas kita berjaya merapatkan kedudukan. Inter bermain dengan semangat tinggi di bahagian sayap, dan kita gagal menunjukkan karakter kita seperti biasa.”
“Kredit sepenuhnya kepada Inter, dan sedikit kesilapan adalah dari kami sendiri.”
“Kita mahu bermain bagus kerana kami tahu Inter mahu meraikan kejuaraan mereka dan kita tak mahu menjadi mangsa.”
“Kita selalu tengok Inter gemar bermain bertahan dan kemudian menyerang balas. Namun kali ini ternyata berbeza. Mereka bermain dengan lebih kebebsan dan lebih seronok daripada biasanya. Kita tadi baru tengok.”