Penyokong Liverpool Ini Tenang Jawab Pakar Statistik Yang Anggap Liverpool Kuat Sebab VAR

Seorang pendengar telah berhujah dengan Robbie Savage dan Emma Louise dalam sembang bola di BBC.

Statman Gaz yang merupakan penyokong Man City menyatakan bahawa, Liverpool menang EPL musim ini kerana bantuan teknologi ataupun VAR.

Gaz yang menyatakan bahawa, beliau memerhatikan setiap statistik yang berlaku, sebab nama dia pun Statman Gaz.

Gaz menegaskan, semua pasukan kecuali Liverpool telah keciciran mata kerana keputusan VAR. Seterusnya Gaz berkata banyak keputusan VAR tidak menghukum Liverpool.

Misalnya, dalam aksi berhadapan West Ham, Liverpool mendapat penalti yang berupa hadiah daripada VAR. Dan ia bukan penalti.

Tidak terhenti di situ, dengan nada geram dan bergegar suaranya, menegaskan dalam aksi berhadapan Southampton, pasukan Soton dinafikan penalti mereka.

Savage kemudian bertanya, bagaimana pula dengan insiden Roberto Firmino, adakah beliau merasakan ianya penalti?

Statman Gaz dengan nada serba salah akhirnya menjawab itu sepatutnya penalti.

Robbie Savage kemudian mengingatkan bahawa, pasukan Gaz kini 22 mata di belakang salah sebuah pasukan terhebat dalam sejarah EPL.

Malah Savage saja mengapikan Gaz dengan berkata: “Berdasarkan rekod, pasukan Liverpool sekarang ini lebih baik daripada mana-mana pasukan City di dalam sejarah.:

Gaz enggan menerimanya.

Robbie kemudian menyatakan bahawa: “Pasukan Liverpool ni menang UCL.”

Statman Gaz cuba merungkai, berapa lama mereka nak menang.

Robbie menyatakan: “Mereka menang tahun lepas kot.”

Marahnya Gaz dengan Robbie dan berkata: “Owh, kami menang liga kot tahun lepas, kau pula sibuk dengan cerita mereka menang UCL.”

Robbie: “Aku nak tanya kau soalan simple ni. Daripada 102 mata ditawarkan, berapa banyak Liverpool menang.”

Gaz tergagap gagap nak menjawab

Robbie: “Kau kan statman Gaz, itu hanya soalan kacang untuk kau.”

Gaz yang tak dapat menjawab kemudian dengan marah bertanya kepada Robbie Savage pula.

Gaz: “Kau jawab aku pula berapa banyak Liverpool kalah musim ini.”

Robbie: “Tak ada”

Gaz: “Aku tak cakap dalam liga. Dalam semua pertandingan. Come on Robbie, mereka ada kalah dalam UCL musim ni.”

Robbie: “Tak penting tu sebab mereka layak ke kalah mati.”

Gaz: “Dekat UCL mereka kalah kepada Napoli. Dekat Charity Shield mereka kalah kepada Man City. Kau kata kau pundit.”

Robbie: “Itu Community Shield brader.”

Gaz: “Jadi, mereka kalah di tangan siapa?

Robbie: “Man City kan?”

Gaz: “Ya, Man City!”

Gaz kemudian mengungkit kisah Liverpool kalah 5-0 di tangan Villa dalam aksi Piala Carabao. Namun Si Robbie ni saja bagi dia panas, “Mereka turunkan budak budak je tu.”

Lalu Gaz meletup lagi. Robbie menegaskan, “Itu bukan pasukan muda Liverpool [berdasarkan umur] tetapi pasukan U-23 [pasukan pembangunan].”

KIRKBY, ENGLAND – NOVEMBER 27: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Luis Longstaff (9) of Liverpool celebrates scoring Liverpool’s fifth goal with team mate Curtis Jones during the UEFA Youth League game at The Kirkby Academy on November 27, 2019 in Kirkby, England. (Photo by Nick Taylor/Liverpool FC/Liverpool FC via Getty Images)

Gaz sangat marah. Lalu Robbie bertanya sekali lagi soalan daripada 102 mata berapa banyak Liverpool dapat.

Ternyata Statman Gaz ni memalukan puak Statman yang dikenali di kalangan pakar statistik seperti Statman Dave.

Kev masuk

Hujah Statman Gaz itu kemudian dijawab oleh seorang penyokong Liverpool yang tidak menggelarkan dirinya Statman sebaliknya hanya Kev.

Beliau berkata: “Aku tergelak juga dengan si sapa tu… Statman Gaz? Ya penyokong City.”

“Aku dengar juga dia bercerita pasal stats. Aku pun nak beritahu dia beberapa stats.”

“Liverpool FC kini menyamaai rekod tanpa kalah dalam liga dicatatkan Nottingham Forest musim 1978/79.”

“Hanya Arsenal, pasukan Inggeris lebih banyak pada musim 2003/04 dengan 49 perlawanan tanpa kalah.”

“100 mata daripada 102 yang tersedia untuk dimenangi. 73 mata daripada 75 mata musim ini setakat ini.”

“20 kemenangan berturut-turut di Anfield dalam EPL. 11 clean sheets. 22 mata di atas puncak liga.”

“Dan masih kau nak cakap, VAR, bla bla bla?”

“Serta, ada peringatan, sejak 10 Mac 2018, iaitu 692 hari yang lalu, Liverpool menang lebih banyak trofi (3) berbanding dengan jumlah mereka kalah di EPL .”

“Top of the league dengan 22 mata, 42 perlawanan tanpa kalah dalam EPL, dan kekal satu-satunya pasukan tak kalah di Eropah [dalam liga] musim ini.”

“Juara Eropah, Juara Dunia, apa lagi kau nak?”

“Pasukan Liverpool kali ini, sejak beberapa tahun ini, pada pandangan saya pemegang tiket bermusim, ianya adalah pasukan Liverpool terbaik yang saya pernah tengok. Dan layak mendapat penghargaan daripada fans lain, selain fans Liverpool.”

Robbie dan Emma Louise meraikan pandangan Kev dengan berkata: BOMMMMMM! Statman Kev.

Baca yang lain