Penyokong Negara Haram Buat Hal Lagi

Penyokong negara haram ISR buat hal sekali lagi.

Nota editor: Tak boleh eja penuh sebab google akan limitkan reach news berkaitan negara haram tu.

Kelakuan penyokong kelab Maccabi Tel Aviv di Amsterdam sebelum ini membuatkan mereka dicemuh oleh penyokong Perancis.

Ketika lagu kebangsaan berkumandang, penyokong Perancis mengejek dan membuat bunyi boo. Begitu juga ketika aksi berlangsung ketika pemain Isr menyentuh bola.

Di tempat duduk penyokong, penyokong Isr sekali lagi terlibat pergaduhan. Sama seperti ketika mereka di Amsterdam.

Di Amsterdam keadaan sangat teruk. Penyokong mereka mulai mengejek sesi penghormatan seminit diadakan pihak stadium untuk mangsa tragedi banjir di Valencia.

Penyokong mereka dengan berani melaungkan chant mengutuk Plstine dan terangan menyokong IDF.

Tidak cukup dengan itu, penyokong mereka menyerang seorang pemandu teksi. Dan terlibat dalam pergaduhan.

Beberapa penyokong mereka ketika itu cedera dibeduk penyokong Belanda. Yang dikatakan ramai yang berdarah Belanda-Maghribi terlibat dalam pergaduhan dengan bangsa tersebut yang terang terangan menghina agama Islam dan membuat onar di tempat awam.

Pihak berkuasa Belanda sudah membuat laporan 12 muka surat tentang kekacauan dan kerosakan oleh penyokong Maccabi Tel Aviv di bandar itu. Ini termasuk pergi menyerang premis yang mengibarkan bendera Plstn.

Di Perancis, penyokong ISR sekali lagi terlibat kekacauan. Salah seorang penyokong mereka menyarungkan bendera biru putih itu dilihat bertelagah dengan penyokong tuan rumah.

Ketika perlawanan ini, UEFA mengetatkan kawalan keselamatan. Di mana hanya 20,000 sahaja tiket dijual daripada kapasiti 80,000 stadium St Denis.

Sikap teruk penyokong negara haram itu membuatkan mereka kini semakin dibenci oleh penyokong lain di Eropah.

Dan seperti biasa mereka telah menuduh mereka menjadi mangsa anti semitisme yang teruk di Eropah. Dan menyalahkan Belanda sebagai puncanya.

Dalam aksi liga bola keranjang penyokong Panathinaikos dengan terbuka menaikkan banner ini:

Mereka mendesak UEFA menyediakan kawalan keselamatan lebih ketat ke atas mereka.

Di atas padang Perancis terikat seri 0-0 dengan negara haram tersebut pada aksi UNL. Didier Deschamps akui atmosfera di dalam stadium tidak seperti yang mereka mahukan. Dan meminta pemain beradaptasi dengannya.