Penyokong Newcastle Adakan Protes Ke Atas Pemilik Dalam Aksi Berdepan Chelsea

Kumpulan Peminat Newcastle yang menentang pemilik kelab Arab Saudi itu akan mengadakan bantahan yang berkaitan tentang pencabulan hak asasi manusia di negara Teluk itu menjelang perlawanan Sabtu di gelanggang sendiri menentang Chelsea.

Pengumuman Rabu oleh NUFC Fans Against Sportswashing dibuat apabila kumpulan pemilikan Newcastle, pada hari yang sama selepas pemilik baharu mendedahkan bahawa mereka telah melabur lagi £70.4 juta lagi ke dalam kelab.

Konsortium dari Arab Saudi telah menjadi pemilik Newcastle pada Oktober tahun lalu itu dibiayai 80 peratus oleh Public Investment Fund Arab Saudi, dana kekayaan negara Teluk yang dipengerusikan oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman.

Suntikan tunai hari Rabu bermakna kumpulan pemilikan kini telah melabur lebih daripada £450 juta ke dalam kelab.

Newcastle merupakan salah sebuah pasukan yang memiliki penyokong terbesar di England, namun mereka masih tidak memenangi sebarang trofi domestik sejak 67 tahun lamanya.

Pada ketika ini, Newcastle berada di tangga ketiga dalam carta Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan 4-1 Ahad di Southampton.

Tetapi penglibatan Saudi di Newcastle telah terbukti kontroversi.

Beberapa aktivis kempen pejuang hak asasi kemanusiaan menuduh negara itu menggunakan kelab itu untuk mengalih perhatian dunia daripada isu pencabulan hak asasi manusia termasuk hukuman mati beramai-ramai, pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi dan diskriminasi terhadap wanita dan dasar negara itu yang menentang hubungan sejenis.

Jurucakap NUFC Fans Against Sportswashing memberitahu agensi berita PA Britain: “Jika sebahagian daripada sportwashing adalah untuk menyembunyikan pelanggaran hak asasi manusia di Arab Saudi yang mereka lakukan, maka protes seperti ini adalah peluang bagi kami sebagai peminat untuk mengatakan kami’ tidak akan mengabaikan perkara itu hanya kerana mereka memiliki kelab ini”.

Perlawanan Sabtu telah dipilih untuk protes itu kerana sehari sebelum kedua-dua pihak bertemu kali terakhir di Stamford Bridge pada Mac, 81 orang dilaporkan telah dihukum mati di Arab Saudi.

Jurucakap tersebut turut memberikan pilihan kepada semua peminat untuk menegakkan pendirian masing masing.

“Kami cuma nak cakap ini keputusan kamu. Jika kamu mahu menyokong pasukan, lakukan itu, tetapi ambil perhatian tentang isu pemilikan.”

Newcastle enggan mengulas mengenai protes yang dirancang itu.

Bagaimanapun, ketua eksekutif Darren Eales lebih terbuka berkongs tentang berita pelaburan tambahan yang mampu membantu Newcastle bersaing secara konsisten di peringkat tertinggi.

“Kami perlu membangunkan keseluruhan perniagaan, serta skuad permainan,” jelasnya.

“Dan kita perlu berbuat demikian sambil mematuhi peraturan Financial Fair Play. Pelaburan tambahan ini membolehkan kami terus melaksanakan rancangan perniagaan itu.”-AFP

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di