Peminat PSG telah melancarkan protes ke atas Neymar dan Messi.
Sebelum itu, mereka berkumpul di hadapan stadium dan melaungkan Messi anak jalang (S0B).
Ianya respon kepada Messi yang dilaporkan tidak akan kekal bersama kelab itu.
Rundingan antara Messi dan PSG berakhir selepas pemain itu pergi ke Arab Saudi dan ponteng latihan pasukan hanya selepas PSG dimalukan Lorient.
Dalam satu lagi kempen protes, peminat PSG turut meminta Neymar agar berambus daripada kelab mereka.
Penyokong berkumpul depan rumah Neymar dan menjerit sekuat hati agar pemain Brazil itu segera blah.
🚨 PSG fans went to Neymar's house to demand he leaves the club. 👀
🗣️ “Neymar, get out! Neymar, get out!"
(🎥 @parisientimes)pic.twitter.com/RJjZdTfo3s
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 3, 2023
Peminat PSG mempersoalkan komitmen Neymar kepada kelab itu. Selepas dia dituduh seringkali memalsukan kecederaannya untuk mendapat cuti.
Namun sebenarnya, Neymar ketika ini benar benar cedera. Itulah sebabnya dia berehat panjang. Dia cedera buku lalinya.
Tetapi aktiviti malam Neymar membuatkan peminat PSG mengutuk pemain itu. Neymar kerap tidur lewat dan bermain poker secara atas talian.
Ramai peminat bola sepak tidak setuju dengan tindakan penyokong PSG itu yang pergi menyerang sampai depan rumah Neymar.
Menurut mereka, cukuplah protes dilakukan di dalam stadium. Tak perlu chant depan rumah pemain itu.
Sudah tentu ini bukan kali pertama peminat PSG memprotes ke atas Neymar. Sebelum ini mereka pernah meminta Neymar angkat kaki segera, ketika pemain itu mendesak perpindahan ke Barcelona kembali.
Peminat PSG kecewa kerana dengan adanya Neymar dan Messi, kedua dua pemain itu masih gagal membantu kelab menjuarai UCL.
Ada juga peminat berteori bahawa, kempen ini mungkin ditaja kelab. Ini berikutan laporan menyatakan PSG berusaha menjual Neymar sejak jendela perpindahan awal musim ini, namun gagal.
Kerana Neymar enggan menerima pemotongan gaji dan hanya mahu dijual ke Barca sahaja. Ianya mustahil kerana Barca berdepan masalah kewangan.
Neymar berada dalam senarai untuk dijual pada jendela perpindahan akan datang. Namun pemain itu menyatakan dia akan terus kekal di PSG berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui.