Penyokong Roma Minta Maaf Pada Mourinho: “Kau Park The Bus La Semahu Hatimu”

Jika tidak kerana kepakaran Jose Mourinho mengendalikan taktikal bertahan atau park The Bus, AS Roma mungki  baru sahaja menangisi kekalahan di tangan Leverkusen dengan margin gol besar.

Bayangkan, sepanjang 90 minit di BayArena, Leverkusen melakukan 23 percubaan dan Roma cuma 1.

Roma mara secara agregat 1-0 yang dibawa dari Rom.

Penyokong AS Roma ternyata ramai mengakui, tanpa taktikal bertahan bas 2 tingkat Mourinho, mereka tidak akan menikmati malam final Eropah 2 musim berturut turut.

Ini kerana peminat Roma akhirnya sedar bahawa pasukan mereka tidak cukup berkualiti berbanding beberapa pasukan besar lain.

Namun dengan kekangan kualiti dan isu kecederaan yang melanda Roma, Mourinho tetap mampu membawa pasukan Roma yang ada ke final UEL.

AS Roma akan berdepan dengan Sevilla dalam final di Budapest.

Seorang peminat berkata: “Terima kasih Mr. Mourinho. Kami selalu tidak bersyukur memiliki kamu. Tanpa masterclass taktikal daripada kamu, pasukan ini langsung tidak ada kemampuan untuk mara ke final.”

Sementara seorang lagi berkata: “Mourinho membawa kita ke final eropah dua kali berturut turut. Kita layak ke final dalam pertandingan yang disertai Manchester United, Juve, Arsenal, Bayer.. tanpa Dybala, tanpa Cris [Smalling], terpaksa bermain dengan Bove, Zalewski dan defender Cristante. Tak kisahlah main cantik atau buruk, Jose Mourinho, sila kekalkan dia selamanya di sini.”

Peminat lain berkata: “Saya selalu menentang kamu [Mourinho] dari hari pertama, kerana menganggap kamu sudah ‘finished’ selepas tidak memenangi apa apa di Spurs. Namun ternyata kamu pakar!”

Ramai juga yang mengkritik Roma bermain dengan anti football. Namun peminat Roma menerima hakikat, dengan kualiti pasukan yang mereka ada, cuma itu sahaja cara mereka boleh menang menentang Bayer Leverkusen.

Dier Roma berkata: “Kita pernah bermain dengan corak permainan menyerang dan terbuka di Itali namun gagal menang. Datang orang ini ke Roma, dan membawa kita ke dua final Eropah berturut turut. Kita biarkan sahaja dia parkir bas semahu hatinya. Dia masih jurulatih terbaik di dunia.”

Sebagai rekod, ini adalah final eropah keenam buat Mourinho termasuk dalam UCL, UEL dan UECL. Lebih menarik, dia memenangi kesemua final Eropah tersebut. Kecuali 3 Piala Super Eropah.

Baca yang lain