Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi mampos dan Greenwod Perog**.
Mereka juga menyuruh Greenwood pergi cabut nyawanya sendiri.
🚨🚨| Mason Greenwood faced with chants of 'RAP*ST' and 'KILL YOURSELF' during Getafe's 1-1 draw with Real Sociedad.
[@MailSport] pic.twitter.com/6cx4V4iA3k
— CentreGoals. (@centregoals) April 21, 2024
Ini bukan pertama kali Greenwood diejek di Sepanyol. Ianya kerana kes penderaan seksual yang dia lakukan sebelum ini ke atas teman wanitanya.
Walaupun dia selepas itu dibebaskan daripada sebarang hukuman kerana mangsa memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atasnya. Teman wanitanya malah bersamanya di Sepanyol ketika ini.
Sebelum ini dalam aksi antara Getafe dan Sevilla, penyokong Getafe telah mengejek pemain dan pengurus Sevilla dengan gelaran m0nyet dan juga g i p s i .
Siasatan dilancarkan oleh La Liga yang membuatkan Getafe hampir dihukum bermain di stadium kosong.
Namun La Liga tidak berbuat demikian.
Dan kini, dalam aksi berkesudahan seri 1-1 antara Sociedad dan Getafe semalam, pemain Getafe pula diejek oleh penyokong lawan.
Greenwood dilihat benar benar kecewa dengan ejekan ditujukan ke atasnya. Kerana dia sudah dibebaskan daripada kes tersebut.
Walaupun penyokong tuan rumah cuba melawan ejekan itu dengan membunyikan siulan, namun ejekan itu masih jelas kedengaran terutama sekali awal babak pertama.
La Liga kini akan menyediakan laporan dan mengajukan aduan kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk menyelesaikan isu ejekan tersebut.
Pengurus Getafe, Bordalas berharap tindakan tegas diambil ke atas mereka yang mengejek Greenwood dengan hinaan.
Bordalás, sobre los insultos a Mason Greenwood en el Getafe – Real Sociedad.
🗨️ "Es inaceptable, se deben tomar medidas".
📌 Desde la grada se han referido al inglés como "violador" y le han deseado la muerte. pic.twitter.com/oKd9PrN4yy
— Relevo (@relevo) April 21, 2024