Penyokong Urawa Red: “8,000 Yen [RM261.80] Untuk Tengok Team 0 UCL [PSG]? Kamu Berguraukah?

Pada hari Sabtu, PSG bermain perlawanan persahabatan menentang pasukan Jepun, Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama.

Pelawat, PSG yang sarat dengan bintang dunia telah memenangi perlawanan itu 3-0. Namun aksi tersebut diwarnai dengan banner atau sepanduk dinaikkan penyokong Urawa Red Diamonds di dalam Stadium Saitama.

Mereka bukan tak suka dengan PSG atau kecewa kalah, tetapi mereka kecewa dengan harga tiket yang dikenakan penganjur ke atas mereka. Kenapa mereka perlu membayar lebih 2 kali ganda angka yang dibayar ketika menyaksikan aksi Bayern Munich menentang Urawa Red?

Penyokong Urawa Red mengingatkan bahawa Bayern merupakan kelab lebih besar daripada PSG. Ini kerana gergasi Jerman itu ada 6 UCL berbanding PSG yang langsung tak ada UCL di dalam kabinet piala mereka.

Sepanduk itu bertulis: “3000 yen [RM98.20] untuk Urawa vs 6 kali juara Liga Juara-Juara Bayern dan 8000 yen [RM261.80] untuk Urawa menentang PSG yang belum memenangi Liga Juara-Juara. Awak bergurau ke?”

Lebih mahal kalau peminat membeli tempat duduk di main stand. Di mana mereka harus membayar sehingga 28,000 yen [RM916.15]. Bagi tempat duduk VIP pula berharga bermula dari 100,000 yen [RM3,271.80]. Bagi yang kaya sikit nak duduk kat kamar koporat boleh mebayar 1 juta yen ataupun sekitar RM32,718.00.

Harus diakui dari segi nilai komersial, PSG memiliki mega bintang yang mampu menarik perhatian peminat datang ke stadium. Mereka ada Kylian Mbappe, Messi, Neymar, itu antara nama yang menghiasi senarai skuad PSG.

PSG masih memasang angan angan untuk menjadi juara Eropah buat pertama kali di dalam sejarah kelab mereka. Musim ini, PSG menstrukturkan pasukan mereka sekali lagi. PSG memecat Mauricio Pochettino menggatikannya dengan Christophe Galtier.

Di hierarki pengurusan tertinggi, PSG sudah memecat Leonardo dan menggantikannya dengan Pengarah Sukan baharu iaitu Luis Campos. Kylian Mbappe menjadi teras penting dalam projek PSG bermula musim akan datang. Mereka menukar teras projek tersebut dari Neymar ke Mbappe kerana mengambil kira faktor umur kedua dua pemain.

Selain itu, ia juga sebahagian daripada pakej yang dibentangkan kepada Mbappe, memberitahu betapa pentingnya pemain itu kepada PSG.

Baca yang lain