Pep Guardiola mengakui bahawa pasukannya melakukan banyak kesilapan dan kesalahan asas ketika beraksi menentang Crystal Palace.
Manchester City tewas 0-2 di tangan Crystal Palace di Etihad. Gol gol Palace adalah dijaringkan oleh Wilfried Zaha dan Connor Gallagher. Ia sekaligus merosakkan parti 200 perlawanan Pep Guardiola.
Justeru Pep Guardiola menegaskan bahawa ada banyak benda yang salah mereka lakukan dalam perlawanan ini.
Antaranya ialah, mereka melakukan kesilapan ketika bertahan. Seterusnya Pep juga tak pasti sama ada pemainnya berhak dilayangkan kad merah.
Tidak cukup dengan itu, Man City gagal mencipta peluang dengan lebih baik seperti sebelum ini. Pep jelas tidak gembira dengan kehilangan karakter pada pasukannya.
Lebih malang apabila gol penyamaan Gabriel Jesus turut dibatalkan VAR kerana ofsaid.
Bercakap selepas tamat perlawanan, Guardiola berkata:
“Itu mungkin sahaja boleh jadi kad kuning atau kad merah. Semuanya bergantung kepada penilaian pengadil dan apa yang dia fikirkan.”
“Tetapi itu bukan faktor utama kenapa kami kalah. Kami kalah kerana bolos awal dan kemudian gagal untuk menjaringkan gol.”
“Selain daripada itu, kami bermain ok terutama pada 25-30 aksi separuh masa kedua.”
“Namun ketika kamu bermain 10 melawan 11 pemain lawan selama 50 menit, sangat sukar buat pasukan seperti kami, sebab kamu perlukan proses dan harus melakukan segalanya dengan betul.”
❌ Losing 1-0
❌ Down to 10 menPep Guardiola is not happy. pic.twitter.com/JzWiJdu0XV
— Goal (@goal) October 30, 2021
“Para pemain telah menunjukkan karakter dan berusaha, tapi sayangnya banyak sekali melakukan perkara perkara yang salah dan kami pun kalah.”