Pep Guardiola Anggap Piala Carabao Tidak Penting Dan Turunkan Budak Budak Je

Pep Guardiola memberikan pandangan beliau tentang Piala Carabao kepada wartawan dalam sidang medianya.

Di mana pengurus Manchester City itu menganggap Piala Carabao sebagai tidak penting.

Ketika dia tiba di Manchester City, dia bercakap dengan pembantunya, Brian Kidd, ketika itu dia sedang mempersiapkan pasukan untuk Piala Carabao.

Brian Kidd pada masa itu mengingatkannya bahawa Piala Carabao adalah tidak penting dan itu adalah tempat untuk menurunkan pemain pemain muda atau pemain pembangunan.

Namun Guardiola menegaskan bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai yang membanggakan kejayaan menjulang Piala Carabao yang tak penting itu.

Guardiola berkata: “Saya masih ingat ketika saya tiba di Manchester City, Brian Kidd beritahu saya: ‘Carabao Cup je pun. Tak payah berikan perhatian kepadanya. Turunkan pemain pemain muda, tak ada sapa kisah pun tentang piala tu. Sir Alex Ferguson pun selalu… eughh, itu tak penting’.”

“Phwoar!! Saya tak tahu apa yang jadi pada tahun lepas.”

Skuad Pep Guardiola dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan treble milik mereka musim ini.

Mereka hanya di belakang Liverpool dengan 1 mata sahaja. Man City akan bertemu dengan Luton Town pada aksi Piala FA awal pagi esok.

City juga masih bersaing dalam Liga Juara Juara Eropah. Dan menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai trofi itu sekali lagi musim ini.

 

Baca yang lain