Pep Guardiola jelas sekali kurang senang dengan komen daripada Facundo Pellistri tentang Manchester United dan Manchester City menjelang aksi Derbi Manchester minggu ini. Di mana pemain muda Uruguay itu memperlekehkan Man City secara terbuka.
Menurut Pellistri, bandar Manchester adalah berkaitan dengan Manchester United semata mata dan orang tak kisah pun pasal Man City.
Pellistri berkata: “Manchester adalah tentang United semata mata. Kamu tak akan melihat baju City atau bendera City. Kadangkala, saya keluar dengan teman wanita saya. Dan kami bermain mencari seorang yang memakai jersi City. Dan kami tak jumpa pun.”
Komen itu akhirnya sampai ke telinga pengurus Man City, Pep Guardiola yang menyatakan bahawa ini adalah salah Puma kerana jersi tidak dijual dengan lebih banyak di bandar Manchester.
Pep Guardiola menegaskan: “Tak ada masalah la, kalau mamat ini dengan awek dia percaya benda macam tu. Saya ok je. Saya akan bercakap dengan pihak Puma dan bertanya, apa dah jadi sebenarnya? Kenapa kita tak banyak jersi Manchester City di Manchester.”
🗣️ Facundo Pellistri: “Manchester is all about United… You don’t see City shirts or flags.”
🗣️ Pep Guardiola: “It's ok. If this guy and his girlfriend believe that, it's fine… I will speak with the Puma department, and ask, 'What happened? Why we don't have shirts [in… pic.twitter.com/kbgMFowKp5
— Football Talk (@FootballTalkHQ) October 27, 2023
Manchester United akan melayan kunjungan jiran sebandar mereka pada Ahad ini. United berusaha memperbaiki kedudukan mereka di dalam Liga Perdana Inggeris selepas kembali semula ke aksi domestik.
Man City akan berkunjung ke Old Trafford dengan status juara Treble mereka pada kali ini. Pep Guardiola sudah memberikan amaran bahawa pemain pemainnya harus waspada ancaman United terutama sekali Marcus Rashford.