Pep Guardiola Jalani Pembedahan Kecemasan

Manchester City mengumumkan bahawa pengurus mereka, Pep Guardiola akan berehat beberapa minggu kerana menjalani pembedahan.

Menurut sumber, Guardiola mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian belakang. Memerlukannya menjalani pembedahan kecemasan segera.

Dia akan terlepas tugasan kira kira untuk 2 perlawanan dan akan kembali pada pertengahan September.

Guardiola diberikan kebenaran untuk menjalani prosedur itu di bandar kelahirannya Barcelona.

Man City menyatakan: “Pep Guardiola hari ini telah menjalani pembedahan rutin untuk masalah belakang.”

“Pengurus Manchester City telah mengalami sakit belakang yang teruk sejak beberapa ketika baru-baru ini, dan terbang ke Barcelona untuk pembedahan kecemasan yang dilakukan oleh Dr Mireia Illueca.”

“Pembedahan itu berjaya, dan Pep kini akan dirawat dan menjalani pemulihan di Barcelona.”

“Selama ketiadaannya, penolong pengurus Juanma Lillo akan menyelia kejurulatihan pasukan utama di padang latihan dan akan memikul tugas di garisan tepi sehingga kepulangan Pep. ”

“Dia dijangka kembali selepas minggu rehat [September] antarabangsa yang akan datang.”

“Semua orang di Manchester City mendoakan Pep cepat sembuh, dan berharap dapat berjumpa dengannya kembali ke Manchester tidak lama lagi.”

Manchester City memulakan kempen musim ini dengan cemerlang dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan treble yang dicapai mereka musim lalu.