Pep Guardiola sekali lai meminta penyokong Man City agar lebih ‘bising’ di Etihad kerana ianya akan membantu pemain pemain mereka lebih bersemangat di atas padang.
Pengurus itu berkata begitu selepas City diikat 1-1 oleh Liverpool dalam aksi yang berlangsung di hadapan penyokong mereka sendiri.
Man City mendahului Liverpool menerusi gol Erling Haaland pada separuh masa pertama, namun tidak dapat menambah gol dan juga gagal mempertahankan kelebihan itu pada separuh masa kedua.
Guardiola dilihat berkali kali meunjukkan ke arah telinganya, dan mengangkat tangan sambil meminta penyokong menaikkan lagi bunyi bising di Etihad bagi mewujudkan atmosfera yang lebih menggerunkan lawan.
Malangnya Tren Alexander Arnold menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua dan menyuruh Etihad untuk diam.
Perlawanan berakhir dengan skor 1-1. Guardiola dalam sidang media selepas perlawanan ditanya, apa yang beliau harapkan daripada penyokong Man City selepas wartawan mendapati pengurus itu berkaki kali cuba memberikan isyarat kepada penyokong City.
Guardiola berkata: “Saya mahukan lebih bising daripada mereka, saya rasa suasana sangat statik. Bising sikit la, mungkin kami harus bermain leih baik untuk membuatkan mereka bersemangat lebih sikit.”
Pada Januari, Pep Guardiola menyindir penyokong mereka sendiri selepas kemenangan 4-2 ke atas Spurs di Etihad. Di man City bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk menang 4-2. Guardiola kecewa kerana atmosfera di Etihad dilabel sebagai ‘sunyi’ ketika aksi Liga Perdana Inggeris.
Guardiola berkata: “Walaupun menang, kualiti permainan kami jauh di belakang kemampuan kami sebenar.”
🗣️ Pep Guardiola on what he wanted from the Manchester City fans:
“Some more noise” 👀 pic.twitter.com/eX0PPPUg4K
— Football Talk (@FootballTalkHQ) November 25, 2023
Dia menjelaskan apa puncanya: “Kurang api semangat, keinginan untuk memenangi perlawanan sejak minit pertama. Perkara yang sama pada penyokong kami. Mereka sunyi untuk 45 minit.”
“Namun mereka menge-boo kami pada separuh masa kerana kami ketinggalan, bukan sebab kami bermain teruk. Mungkin mereka pun macam pasukan kami, dah terlalu selesa kerana sudah memenangi 4 EPL dalam 5 tahun terakhir. Selepas mereka menjaringkan gol kami terus memberikan respon, tapi tak mengapalah.”
“Itu tugas saya [memastikan corak permainan yang berkualiti untuk menang], kerja saya, saya mahu penyokong ada di belakang kami. Bukannya mendengar suara penyokong pasukan tandang, tetapi nak dengar suara penyokong tuan rumah di sini.”