Pep Guardiola memberikan komen Xavi yang mendakwa Manchester City telah menghalang perpindahan Cancelo ke Barcelona.
Di mana Guardiola menyatakan bahawa Xavi telah tersilap informasi. Man City tidak pernah menghalang Cancelo pergi ke mana mana kelab dia suka termasuk menyertai rival setempat, dan derbi mereka, Manchester United sekalipun.
Xavi mungkin harus mengakui bahawa Barcelona sebenarnya ada masalah untuk mendapatkan Cancelo kerana isu FFP yang melanda mereka.
Guardiola benar benar sudah menyampah dengan Cancelo kerana sikap pemain itu sebelum ini. Membuatkan dia dipinjamkan ke Bayern Munich.
Cancelo ketika itu menunjukkan rasa tak puas hati dengan sistem penggiliran Guardiola. Dia tidak mahu melakukan warming up ketika aksi Man City berdepan Wolves seperti mana pemain simpanan lain.
Dan kemudian dilaporkan bertindak biadab menyerang Guardiola dengan kata kata kesat di bilik persalinan di hadapan pemain lain.
Cancelo meraikan kejayaan dia berpindah ke Bayern dengan membandingkan kelab Bayern dengan Man City. Dia memuji Bayern sebagai tempat yang lebih bagus untuk membantu pemain.
Sindiran itu membuatkan ramai berpendapat Cancelo memang tak akan kembali lagi ke City sama ada dia hendak ataupun sebaliknya.
Kerana Guardiola pasti tidak akan menerimanya kembali.
Musim pinjaman Cancelo di Bayern bermula cemerlang. Dia mencipta assist hanya pada 17 minit pertama dia beraksi. Nagelsmann yang merupakan pengurus Bayern ketika itu memuji dia melambung lambung.
Malangnya, Cancelo buat hal lagi. Dia tidak suka dengan namanya tidak ada dalam kesebelasan utama. Membuatkan dia mulai terus disisihkan Nagelsmann yang tak suka perangai Toksik pemain itu.
Bayern kemudian memutuskan tidak mahu mendapatkan pemain itu secara tetap dengan klausa beli tetap £60 juta, kerana sikap toksik beliau itu.
Joao Cancelo looked sad and frustrated in yesterday’s training. The reason could be that the full-back only played 12 minutes in the last 2 games. pic.twitter.com/JrpEvlN2xV
— Bayern & Football 🏆 (@MunichFanpage) March 6, 2023
Dia menamatkan musim sebagai juara Bundesliga dan tersenarai dalam juara treble Man City.
Namun Guardiola tidak begitu pernah menghargainya lagi atas apa yang dia lakukan. Guardiola sebelum ini menjadikannya pemain penting dan membangunkannya menjadi pemain sistem Man City.
Tindakan Guardiola mengeluarkan toksik seperti Cancelo lebih awal dikatakan membantu Man City menjadi lebih kuat di bilik persalinan. Dan akhirnya mereka memenagi treble.
Ketika kembali ke City, Cancelo sudah pun diberitahu Guardiola tak mahukannya di dalam pasukan. Dia dipersilakan berambus ke kelab lain.
Barcelona antara kelab yang berminat dengan Cancelo selain Arsenal.
Xavi menyatakan Man City menghalang niat Cancelo mahu menyertai Barcelona.
Guardiola dengan nada tenang, mungkin kerana cintanya kepada Barcelona dan respect ke atas Xavi, menyatakan bahawa Xavi telah tersilap informasi.
Guardiola mendedahkan Man City dah tak peduli dengan Cancelo, ke mana dia mahu pergi. Dan Guardiola turut terbuka menyatakan, sebenarnya, Barcelona tak pernah melakukan bidaan rasmi atau membuat pertanyaan rasmi tentang pemain itu.
Pep berkata: “Nampaknya Xavi telah tersilap informasi ni. Dia jauh daripada realiti sebenar. Kami sudah memutuskan bahawa Joao Cancelo harus pergi dari kelab ini, dan kami tak peduli dia nak pergi ke mana sekalipun, termasuk, kalau dia nak pergi ke Man United sekalipun, yang merupakan musuh sebandar Man City, silakan.”
“Saya tak kata Xavi berbohong, namun saya katakan bahawa dia menerima informasi tak betul [daripada orang atasannya]. Joao sebelum ini pergi ke Bayern, kami lepaskan, kerana Bayern mahukan dia. Tetapi kami tak pernah menerima sebarang tawaran daripada Barca.”