Pep Guardiola Kritik Leicester Parking Bas Dan Counter Attack

Pengurus Manchester City Pep Guardiola mengkritik corak permainan Leicester City selepas pasukan itu mengaibkan pasukannya di tempat sendiri.

Anak buah Pep Guardiola dibantai oleh Leicester 2-5 dalam aksi EPL semalam.

Man City mendahului dengan gol dari Riyad Mahrez, bekas pemain Leicester itu merembat deras dengan half volley.

Walaubagaimanapun, Leicester membalas gol itu, bukan 1, 2, tetapi 3. Ini dengan hatrik oleh Jamie Vardy.

Tidak cukup dengan itu Leicester melebarkan jurang pendahuluan kepada 3 gol dengan gol cantik James Maddison.

Nathan Ake menjaringkan gol sulung bersama pasukan baharunya untuk menghidupkan harapan untuk Man City berkedudukan 2-4.

Tetapi segalanya musnah apabila Leicester diberikan penalti ketiga yang disempurnakan oleh Youri Tielemans.

Man City menelan kekalahan yang memalukan. Di mana mereka tewas dengan keputusan 2-5.

Pep Guardiola tidak mahu menyalahkan pasukannya. Malah menuduh taktikal Leicester sebagai negatif dan tak mahu bermain bola sepak.

“Mereka tetap berkampung di bawah dan kurang mencipta peluang. Ianya membuat kami gugup,” kata Guardiola.

“Mereka hanya mahu melakukan serangan balas. ”

“Saya tak pasti berapa je peluang diorang cipta. Mereka berlari sikit je dan kami sudah berlatih di latihan dan cuba mengelakkannya. Jaringan pertama mereka bukan dari serangan balas, dan kami di sana. Kami menerimanya.”

“Ianya sukar apabila mereka bermain di kawasan sangat ke bawah dan tak nak menyerang. Kami kena lebih sabar dan bukannya mengejar gol kedua atau ketiga.”

“Dengan 11 pemain di belakang bola [dalam perlawanan lain sebelum ini], ianya sukar untuk mencipta peluang gol. Namun kami kena tenang, sabar dan mencari solusi.”

“Walaupun ketika mereka berada di kedudukan 5-2, pemain Leicester berada di kotak penalti mereka sendiri,” tambah beliau seperti yang dilaporkan oleh laman rasmi Man City.

Walaupun Guardiola tidak menggemari taktikal Leicester, namun ternyata strategi mereka terbukti berkesan dalam menjadikan The Citizens tidak berdaya.

Pep malah merasakan bahawa buat pertama kalinya gol pasukannya diganyang lima kali dalam perlawanan di tempat sendiri.

“Kami bermain dengan baik selama 30 minit pertama. Tetapi kemudian kami mula percaya bahawa kami tidak bermain dengan baik.”

“Kami mula menganggap pasukan kami bermain dengan buruk,” kata Pep.

“Kami sudah memberitahu para pemain bahawa mereka sebenarnya bermain dengan baik ketika rehat separuh masa.”

“Tentu sukar, tetapi kami harus menerima keputusan ini. Ini masih merupakan perlawanan kedua,” katanya.

Dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris musim ini, The Citizens mengalahkan Wolverhampton 3-1.

 

Baca yang lain