Pep Guardiola Menganjing Man United: ‘Oh Mereka Ada Beli Pemain Ke?’

Pep Guardiola tidak dapat menahan dirinya daripada mengambil kesempatan untuk menyindir Manchester United.

Semua itu berlaku ketika pengurus Man City ditanya tentang peluang pasukan jiran mereka itu dalam perebutan Liga Perdana Inggeris.

Man United baru sahaja menjuarai Piala Carabao. Dan kini kembali fokus kepada persaingan liga perdana Inggeris.

United masih lagi berada dalam landasan persaingan.

Guardiola dengan nada sinis dan muka menganjing berkata:

“Jika mereka berbelanja lebih banyak sikit [dalam perpindahan pemain].. ya!”

“Ini sebab mereka tidak berbelanja.. mereka ada [berbelanja] ke?”

Ramai peminat percaya Guardiola merujuk kepada tuduhan yang seringkali dibuat kepada Man City tentang perbelanjaan yang besar dalam membeli pemain.

Sehinggakan pasukan itu dianggap membeli kejuaraan.

Baru baru ini, Man City atas kira kira 115 dakwaan salah laku pengurusan kewangan.

Pep Guardiola dengan terbuka menyatakan bahawa dia tak akan lupa nama 9 pasukan dalam EPL yang terang terang mahukan Man City dikenakan tindakan.

Antara pasukan tersebut adalah Manchester United.

Guardiola mempertahankan Man City kau sentiasa bersih dan sentiasa mematuhi peraturan.

Pep Guardiola berkata:

“Sembilan pasukan: Burnley, Wolves, Leicester, Newcastle, Spurs, Arsenal, United, Liverpool, Chelsea [nahu] kami disingkirkan daripada [slot] Champions League.”

“Ini kerana mereka mahukan kedudukan itu. Mengambil kedudukan itu daripada kami yang kami raih daripada kemenangan kami di atas padang.”

Manchester United antara pasukan yang memiliki rekod perbelanjaan yang besar dalam sedekad ini.

Mereka malah memiliki perbelanjaan bersih (nett spending) yang lebih tinggi daripada Man City dalam beberapa musim terakhir ini.

Jadi ianya mungkin hujah yang digunakan Guardiola untuk menyindir Man United.

Namun sebenarnya harus diingat, pasukan seperti Man United menjana pendapatan sangat besar daripada tajaan kerana mereka kelab yang memiliki jumlah penyokong yang sangat besar di seluruh dunia.

Baca yang lain