Pep Guardiola Tak Setuju Pandangan Ruben Dias Yang Kutuk Taktikal Soton

Pep Guardiola tidak setuju dengan pandangan Ruben Dias yang mengecam cara Southampton bermain.  Dias mengutuk Soton yang bermain secara defensif dengan ramai pemain dalam kotak penalti sendiri.

Menurut Ruben Dias, akibat pendekatan Southampton yang terlalu pasif itu, maka Man City sukar untuk menembusi mereka dan tak dapat gol.

Dias berkata dengan nada sinis menyindir corak permainan Soton yang dianggap buruk dan suka melengahkan perlawanan. Dia tidak puas hati kerana taktikal itu membuatkan Man City keciciran mata sekali lagi.

Dias berkata “Dalam keadaan sekarang ini setiap mata itu berharga. Dan jelas sekali memang tak seronok la nak melawan pasukan yang bermain [park the bus] macam ini.

“Mereka langsung tidak cuba melakukan apa apa. Cuma berkampung di kawasan sendiri dan tak mahu memenangi perlawanan. Mereka cuma mahu berada di bawah sana. Ini tidak bagus untuk tontonan. Dan tidak bagus untuk mereka sendiri, dan tak bagus untuk sesiapa sahaja.

“Namun itulah yang berlaku. Apa yangg kelakar, kami buat apa yang Aaron Ramsdale buat sekali je, terus kad kuning. Sedangkan Ramsdale melakukanya 20 kali, pengadil teruskan perlawanan.

“Jelas sekali tindakannya itu melengahkan perlawanan dan itu yang dia lakukan untuk membantu pasukannya secara konsisten. Namun, kami tetap memiliki peluang kami sendiri. Kami mencuba dan terus mencuba, cuba untuk lebih versatil, lebih fleksible, itu kerja kami. Namun ianya tidak mudah untuk melakukannya.

“Kami mencuba kepelbagaian ini, namun kebiasaannya lawan kami sekurang kurangnya cuba untuk menang atau cuba bermain. Lawan kami hari ini pula, sangat berbeza. Mereka langsung tiada terdetik nak mencuba sesuatu. Mereka cuba bertahan di bawah. Dan itu menyukarkan kami menembusi mereka.”

Respon Pep Guardiola

Pep Guardiola tidak setuju sama sekali dengan pandangan Ruben Dias. Menurutnya, setiap pasukan berhak bermain dengan cara yang mereka mahukan. Dan bukannya ditentukan oleh pasukan lain.

Guardiola malah meminta pasukannya merenung diri sendiri yang buntu dan kurang idea untuk mengtasi lawan mereka.

“Tak, tak, tak, sememangnya tak [setuju pandangan Ruben Dias]. Mereka [Soton] boleh buat apa sahaja yang mereka mahu. Dah bertahun tahu kami bermain menentang pasukan yang berlainan cara bermain. Dan pasukan lawan menentukan sendiri cara mereka mahu bermain.

“Ianya terpulang kepada kami sendiri mencari cara untuk menembusi mereka.

“Dah banyak kali lawan kami bermain dengan 5 atau 6 pemain di pertahanan dan pemain penyerang menjadi defensive midfielder, membuatkan tiada ruang langsung. Ianya sukar.

“Kamu harus cara cara untuk pecahkannya, dan kami turut mencipta beberapa peluang [tetapi gagal disudahkan]. Kami tak bagi mereka sebarang percubaan tepat, dan kami harus menghormati dan menerima taktikal permainanm mereka.

“Ianya adalah hak Simon Rusk [pengurus interim Soton] dan pembantunya. Saya tidak setuju sama sekali dengan Ruben. Kita harus menerima [kegagalan meraih kemenangan].”