Manchester City kini berdepan dengan satu lagi tamparan hebat dalam pasukan mereka. Ini apabila pertahanan tengah meeeka Ruben Dias mengalami kecederaan dan perlu berehat sehingga sebulan.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Pep Guardiola dalam sidang medianya. Yang menegaskan bahawa pemain bek tengah itu mengalami kesakitan ketika aksi menentang Manchester United. Di mana Man City kalah 1-2 dalam perlawanan tersebut.
Man United mencipta kebangkitan ada lewat separuh masa kedua untuk menang walaupun Red Devils ketinggalan terlebih dahulu.
Menurut Guardiola Dias bermain dalam kesakitan selama 75 minit dalam perlawanan tersebut. Dan dia harus berehat untuk pemulihan. Proses itu dijangka akan mengambil masa selama 3-4 minggu.
“Dia bermain selama 75 minit dalam kesakitan,” tambah pengurus asal sepanyol itu lagi.
Man City kini memiliki pilihan terhad di barisan pertahanan terutama di bek tengah. Namun begitu mereka masih ada John Stones dan Manuel Akanji untuk bermain di posisi tersebut.
🚨⚠️ Rúben Dias will be out with an injury for 3/4 weeks, says Pep Guardiola.
“He felt something against Man United, he played for 75 minutes with pain… now he’s out”, Pep added.
↪️ Manuel Akanji and John Stones are back. pic.twitter.com/5e10rXPQO2
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 20, 2024
Manchester city kini sedang berusaha untuk memperbaiki prestasi mereka. Lawan mereka yang seterusnya pasukan Aston Villa.