Pep: Saya Nak UCL, Jurgen Nak EPL, Apakata Kita Tukar Sahaja

Pep Guardiola dan Jurgen Klopp memang seteru di atas padang sejak di Jerman lagi.

Namun di sebalik perseteruan itu mereka berdua ada rasa saling menghormati yang sangat tinggi.

Mereka berdua juga saling berhubung seperti yang diakui Klopp sebelum ini.

Malah ketika Liverpool menjuarai UCL musim lalu, Klopp menyatakan orang pertama yang menghubungi beliau ialah Guardiola.

Sebelum ini, Klopp pernah juga mengusik Guardiola dengan melarikan diri ketika Pep tiba di satu persidangan.

Ketika itu kedua dua mereka baru sahaja selesai berterusan di tepi padang dalam aksi Liverpool dan Manchester City di Anfield.

Terbaru, dalam satu ucapan di Majlis Anugerah Penulis Sukan, Pep dan Klopp berucap dan berkongsi detik melihat gol Kompany yang berjaya membantu City memintas Liverpool dan mengawal persaingan kejuaraan liga musim lalu.

Klopp:

“Baru sebentar tadi saya bercakap dengan Pep apa yang saya rasa bila melihat gol Kompany musim lepas. Skor screamer menentang Leicester.”

“Keesokan harinya kami perlu menentang Barcelona. Jadi hari tu adalah penuh dengan latihan dan persiapan.”

“Apabila saya tiba di rumah. Isteri saya kata, jomlah tengok game. Saya pun jawab, oh.. saya tak pastilah.”

“Tetapi setiap saat demi saat saya mulai berharap.”

“Dan saya tengok Leicester mulai keletihan. Saya sangat marah dengan mereka [Leicester] ketika itu.”

Guardiola kemudian berkata, Klopp baru sekali tu je agaknya lihat gol last minute Daripada City.

Sedangkan beliau dah berkali kali musnah harapan melihat Liverpool menang kerana gol saat akhir.

Sebelum ini Guardiola pernah menyatakan gol saat akhir Liverpool itu bukannya kerana nasib. Tetapi itu kepakaran mereka kerana berusaha.

Kalau sekali dua bolehlah dikira nasib.

Pep:

“Jurgen tak tahu apa perasaan rasanya gol Vincent Kompany. Sebab saya merasakan perkara itu setiap minggu ketika pasukan dia skor last minute.”

“Setiap saya melihat [team dia ketinggalan pada minit akhir], saya berkata, kali ini, kali inilah, mereka akan kena. Tapi ia tak pernah berlaku.”

“Bermain menentang pasukan Jurgen, saya sangat pasti saya nak menang Liga Juara Juara Eropah.”

“Dan saya tahu dia pun teringin sangat menang EPL.”

“Mungkin kami berdua boleh bertukar.”

Kedua dua mereka memang manager yang aku minat. Filosofi taktikal mereka pun padu.

Baca yang lain