Pepe dikenali dengan perwatakan ganasnya dan bengis di dalam padang. Namun di sebalik semua itu Pepe menyatakan: “Orang selalu cakap saya ni ganas, tapi saya tidur dengan emak saya sehingga berusia 17 tahun.”
Pepe yang kini beraksi untuk Porto merupakan salah seorang bek tengah yang dianggap ‘dirty player’ dalam padang. Beliau langsung tak bagi muka kepada lawannya.
Pemain berusia 38 tahun itu lahir di Alagoas, Brazil. Dan dia mengakui dia sebenarnya anak yang manja kerana satu satunya anak lelaki di dalam keluarganya.
Dia anak emak tak boleh jauh. Tidur sebelah ibunya sehingga berusia 17 tahun ataupun usia budak SPM di negara kita ini. Dia hanya tidur berasingan daripada ibunya selepas diterima masuk ke dalam akademi Corinthians Alagoano pada usia 18 tahun.
Tidak lama kemudian, dia mengcekalkan hatinya meninggalkan ibu dan 3 adik perempuannya untuk berhijrahj ke Portugal, menyertai Maritimo demi mengejar impiannya sebagai pemain bola sepak terkenal.
Walaupun sinonim dengan kejayaan bersama Real Madrid, Pepe sebenarnya sudah beraksi dengan Besiktas dan kelab sekarang beliau iaitu Porto. Di Real Madrid Pepe memenangi 3 UCL bersama kelab tersebut.
Dont mess with madrid
😂😂😂😂#pepe #neymarjr #neymar #contrao #thuglife #realmadrid #real #madrid #mess #anger #scare #funny #face #football #league #games #fight #backup pic.twitter.com/7I1Ln4OYn7— The Rodrigo Jersey (@rodrigojersey) February 6, 2018
Bercakap kepada Tribuna Expresso, Pepe mengakui dia sentiasa berdekatan ibunya sehinggalah dia meninggalkan mereka untuk ke Portugal.
“Sehinggalah saya berlepas ke Potugal, pada usia saya 17 tahun, saya masih tidur dengan ibu. Kamu bayangkanlah sendiri.”
Pepe kemudian berseloroh, selepas dia dewasa, mesti ayah dia meluat dengan perangainya dulu yang kacau daun.
“Hey kawan, saya sudah besar dan saya masih tidur dengan ibu bapa saya. Jadi saya membayangkan betapa ayah saya tak suka saya berada di situ [tidur sebelah ibu dalam bilik tidur mereka] pada masa itu.”
“Ada cerita menarik, pada suatu hari, saya bercakap dengan ibu dan dia memberitahu saya yang dia sangat suka membelai rambut saya, dan saya biarkannya. Saya memberitahunya mungkin dia sudah tahu yang tidak lama lagi saya akan berjauhan dengannya.”
“Itulah saya, anak lelaki yang tidur dengan ibunya sehingga berusia dalam 18 tahun, boleh menang 3 Liga Juara Juara Eropah, lihatlah, saya tak pernah terbayangkannya, namun ianya benar,” kata Pepe lagi.
Pepe was still sleeping the same bed as him mom at the age of 17. pic.twitter.com/tVIpMfMESU
— ESPN FC (@ESPNFC) February 26, 2021
Ketiga tiga kejuaraan Eropah itu bersama dengan Real Madrid. Namun menariknya, tidak satu pun daripadanya bersama dengan Jose Mourinho.
Pepe dan Jose Mourinho tidak sehaluan selepas Pepe mengkritik Jose Mourinho di atas layanan pengurus itu kepada leghenda kelab, Iker Casillas. Pepe dengan terbuka memberitahu Mourinho, bahawa Iker Casillas sepatutnya dilayan dengan lebih rasa hormat. Pepe dan Mourinho malah dilaporkan beberapa kali bertengkar.
Namun Pepe menyatakan, perkara itu biasa berlaku.
“Segalanya terkawal dan baik baik sahaja, sudah selesai. Saya tiada masalah pun dengan beliau [Mourinho]. Saya malah mengagumi beliau di atas kerja yang dia lakukan. Itu cumalah perkara yang berlaku.”
Pemain tengah itu kini berada di penghujung kariernya dan kembali semula untuk musim kedua bersama dengan juara Portugal, Porto pada 2019 di bawah bos Sergio Conceicao. Pepe mendedahkan dia mendapat tawaran dari Liga Perdana Inggeris pada tahun itu sebelum memilih untuk kembali ke bekas kelabnya.
🤍🔝🤍 Uno de los mejores centrales de la historia del @realmadrid.
🇵🇹 ¡Feliz cumpleaños, @officialpepe! 🎂#LaLigaSantander pic.twitter.com/6Aw3MVntRM
— LaLiga (@LaLiga) February 26, 2021
“Saya boleh pergi ke England. Ada beberapa kelab kelab yang menawarkan banyak wang kepada saya, tetapi peluang muncul untuk saya kembali ke Porto – dan, pada usia saya, ia adalah perlu pergi ketika itu atau tidak akan pernah lagi. Saya memilih untuk kembali ke kelab yang saya cintai, di mana saya dilayan dengan baik, saya bercakap dengan Sergio Conceicao.”
“Saya memberitahunya, saya akan pergi ke sana untuk berlatih dengan rakan rakan lain yang berusia 20 tahun melatih, atau mungkin membuatk mereka berlatih dengan lebih baik.”
Former Real Madrid duo Iker Casillas and Pepe celebrating FC Porto's title win tonight! 🇵🇹 https://t.co/TOFASKz884
— footballespana (@footballespana_) July 15, 2020
“Kerana saya, dengan usia saya 37 tahun, saya akan menjadikan pemain yang berusia 20 tahun menjadi pemain yang lebih baik, tetapi sebaliknya juga boleh berlaku.”
Seterusnya Pepe memuji prestasi Ruben Dias bersama dengan Manchester City. Beliau melabel Ruben Dias adalah bek tengah terbaik di Portugal ketika ini.