Perak 1 Kedah 1: Persembahan Baik Perak Dikecewakan Dengan Keputusan Seri

Kedah Darul Aman (Kedah) gagal kembali ke kedudukan ke-2 Liga Super selepas hanya mampu seri 1-1 menentang Perak di Ipoh. Bagaimanapun Kedah harus menarik nafas lega apabila berjaya meraih 1 mata ketika Perak menjadi pasukan lebih baik sepanjang perlawanan.

Jaringan Guilherme de Paula (minit ke-56) berjaya disamakan oleh Kpah Sherman pada minit ke-78. Kedah mula melakukan serangan pada 20 minit terakhir namun sudah agak terlewat.

Perak mendapat rentak lebih awal dan melakukan 3 percubaan sepanjang 20 minit pertama dan percubaan pertama Kedah hanya hadir selepas hampir 25 minit masa permainan.

De Paula terlalu bebas untuk beradaptasi dengan kreativitinya di luar kotak penalti tanpa dapat dikekang oleh Anumanthan Kumar dan Baddrol Bakhtiar sementara itu Leandro berjaya memadam kemampuan Rabih Ataya.

Kedah menamatkan separuh masa pertama dengan hanya 1 percubaan melalui tandukan Tchetche Kipre yang tepat ke arah Hafizul Hakim.

Tidak banyak perubahan berlaku di separuh masa ke-2, Perak terus menguasai permainan dan De Paula kekal bebas. Cuma Perak mempunyai masalah, pemain seperti Partiban, Careca, Izzuddin atau Kenny Pallraj tidak masuk kedalam kotak penalti ketika De Paula kerap menguasai bola di pocket zone.

Pilihan untuk melakukan hantaran akhir menjadi terhad dan hasilnya Perak banyak melakukan percubaan dari luar kotak penalti. Gerakkan banyak disudahkan dengan percubaan tidak bahaya.

Kedah turun tanpa Rodney Celvin yang digantung akibat dilayangkan kad merah pada perlawanan lepas, sementara itu Renan Alves masih belum pulih.

Kombinasi baru Amirul Hisyam Awang Kechik dan Luqman Haqim agak lemah dalam ariel duel dalam kotak penalti. Pada minit ke-8 De Paula berjaya melakukan tandukan tanpa dicabar, mujur tepat ke arah Shahril Saari.

Tandukan ke-2 darinnya pada minit ke-56 juga tidak dicabar, berjaya memberi gol pendahuluan kepada Perak.

Kemasukan Fayadh Amin Zulkifli memberi sedikit kelainan dalam serangan Kedah. Pemain itu beberapa kali melakukan larian individu yang bijak dan menyusahkan lawan.

Kedah mula memberi respon selepas minit ke-70. Kipre melakukan hantaran yang menewaskan Nazirul Naim dan bola terus ke kaki Sherman. Pemain kebangsaan Liberia itu mudah menolak masuk untuk gol penyamaan Kedah.

Selepas itu percubaan Baddrol yang terkena tiang, percubaan lemah Carera dan percubaan Kipre untuk menewaskan Hafizul dari sudut sukar menutup perlawanan itu.

Perak tidak mempunyai tuah yang baik ketika sudah menampilkan penguasaan baik dan Kedah boleh menarik nafas lega dengan 1 mata tersebut.

5 perkara yang digariskan dalam perlawanan ini.

1. GUILHERME DE PAULA, ORKESTRA SERANGAN PERAK

Tiada serangan dari Perak tanpa penglibatan De Paula. Pemain ini menggalas 2 peranan iaitu sebagai pencipta gerakan dan penjaring gol pasukan.

De Paula menjalankan tugasnya dengan baik sepanjang perlawanan. Sentiasa terlibat dengan gerakan dan dia menjaringkan gol tunggal pasukan. Malahan De Paula boleh menjaringkan 2 gol jika tandukan minit ke-8 dilakukan dengan lebih baik.

2. LEANDRO KUNCI RABIH ATAYA SECARA MENYELURUH

Rabih Ataya bermain selama 45 minit sebelum digantikan dengan Fayadh. Ia keputusan diambil oleh Aidil Sharin selepas Ataya langsung tidak mampu menyumbang dalam perlawanan ini.

Leandro antara punca pergerakan Ataya menjadi sangat terhad. Pemain dari Brazil itu berjaya menyekat hampir kesemua pergerakan kreatifnya. Ataya hanya efektif ketika bergerak di ruang sempit sebelah kanan kerana tidak perlu berhadapan dengan defensive midfielder secara langsung.

Bagaimanapu keputusan Aidil agak tepat kerana Fayadh memperbaiki gerakan serangan di kawasan tersebut dan 2-3 kali memecah blok pertahanan lawan melalui larian bijak.

3. KPAH SHERMAN PENYELAMAT

Ketajaman Sherman tidak bolah disangkal malah pemain ini juga kuat menyumbang bantuan gol kepada pasukannya. Kedah hanya melakukan 1 percubaan pada separuh masa pertama, meningkat dengan drastik pada 20 minit akhir dengan tambahan 6 percubaan dilakukan.

Percubaan ke-4 menghasilkan gol, gerakkan dari Kipre yang memperdayakan lawan dengan hantaran lambung mencari Sherman. Sherman mudah menolak masuk dan ia adalah jaringan ke-6 peribadi, tidak lupa Sherman juga mempunyai koleksi 3 bantuan gol.

4. SAYAP/SAYAP MENYERANG KURANG MENGHIBURKAN

J.Partiban hanya garang pada awal permainan, Careca agak sederhana, Azamuddin tidak banyak melakukan hantaran lintang berkualitinya dan Kipre jarang meneriman bola untuk digerakan ke dalam kotak penalti lawan.

Secara keseluruhan perlawanan ini tidak mempunyai persembahan yang menghiburkan di posisi ini oleh kedua-dua pasukan. Kedah sentiasa off dalam serangan dan ia hanya perlawanan yang menampilkan De Paula menampilkan aksi.

5. KELEMAHAN KEDAH DAN PERAK

Center back mempunyai masalah dalam pertarungan bola diudara. Luqman dan Amirul Hisyam bukanlah pemain yang begitu kuat dalam situasi tersebut. Apabila Perak melakukan hantaran lintang terutamannya dari Partiban, De Paula mudah untuk menang bola udara.

Mujurnya, Perak juga mempunyai kelemahan yang sama iaitu jumlah pemain yang masuk ke dalam kotak penalti agak kurang untuk mencabar bola di udara. Jika Perak lebih kerap melakukan hantaran lintang dan menyerang bola diudara, kelemahan center back Kedah boleh diekspoitasi.

RUMUSAN

Perak antara pasukan yang mempunyai masalah dalaman dan tidak mempunyai saiz skuad yang baik. Tetapi masih mempunyai kualiti dalam kesebelasan utamanya.

Perak hampir mengejutkan JDT dan Kedah. Dua pasukan terbaik dalam kancah saingan domestik. Ia bukti kuat pasukan ini masih mempunyai kualiti.

Isu terbesar Chong Yee Fatt adalah, bagaimana dia mahu membina bentuk serangan terutamanya jumlah dan kedudukan dalam kotak penalti.

Sementara itu Aidil Sharin masih belum menjumpai susunan, formasi dan peranan yang harus diberikan kepada Rabih Ataya, Tchethce Kipre dan Kpah Sherman.

Adakah Ataya sesuai beroperasi di center area atau wide midfielder, adakah duo Sherman-Kipre sesuai berada di tengah. Atau Fayadh Amin sudah boleh diberi peranan lebih besar di sebelah kiri serangan.

Ia banyak berkisar kepada susunan dan fungsi kerana kesemua pemain itu mempunyai kualiti yang baik.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.