Perak 2 JDT 2: Senjata ‘Kecemasan’ JDT Dan Kecemerlangan Hafizul Hakim

JDT menggunakan senjata kecemasan mereka, perkara ini amat sukar dilihat oleh para peminat bola sepak tanah air kerana JDT agak jarang ketinggalan 0-2 dalam mana-mana perlawanannya.

Pada perlawanan semalam JDT dikejutkan oleh Perak apabila Guilherme de Paula berjaya memberi pendahuluan 2-0 selepas satu jam permainan. Ketika JDT ketinggalan 0-1, pasukan terbaik di Malaysia itu meningkatkan intensiti permainannya.

Namun mereka gagal menjumpai jaringan penyamaan, malah dikejutan 1 gol lagi dari skuad Chong Yee Fatt. Selepas itu JDT mengeluarkan senjata kecemasan mereka. Apa senjata itu?

Ultra attacking.

Umum mengetahui JDT satu-satunya pasukan yang boleh menetapkan tempo yang diperlukan mengikut kekuatan lawan. Oleh itu tidak pelik bagi pemerhati, pasukan ini kadang-kadang menang tipis dengan pasukan lemah tapi sentiasa menang dengan pasukan kuat.

Kerana mereka selalu bermain pada kadar yang sepatutnya sahaja.

Apabila lawan menjadi kuat, JDT akan meningkatkan kekuatannya di tahap maksima. Game plan ini mula kelihatan ketika era Ulisses Moraes. Dikala itu shape 3-3-4 mula menjadi sebutan.

Biasanya mereka berjaya bangkit dari ketinggalan dan akan kembali kepada tempo yang sebelumnya-lebih perlahan. Ini adalah perkara paling istimewa yang ada dalam pasukan JDT yang tidak dimiliki oleh pasukan lain.

PERAK MEMAKSA JDT MENGELUARKAN KEKUATAN MAKSIMA

Perak turun tanpa Leandro yang digantung kerana mengumpul 3 kad kuning. Perananan itu digalas oleh Sergio Aguero. Pemain ofensif ini melakukan kerja dengan agak baik bersama Kenny Pallraj sepanjang 30 minit pertama permainan.

Danish Haziq (petahanan kanan) pula mendapat debut kesebelasan pertamanya apabila Amirul Azahan Azman tidak dapat diturunkan.

Sementara itu JDT juga tidak dapat menurunkan kesebelasannya terbaiknya apabila Safawi Rashid mengalami kecederaan, begitu juga Gonzalo Cabrera. Kedua-dua penyerang sayap ini menjadi nadi dan penjaring gol pasukan.

JDT mempertaruhkan 2 produk mereka iaitu Arif Aiman Hanafi dan Ramadhan Saifullah. Arif menampilkan aksi terpuji ketika membenam UiTM (4-1), kualiti Ramadhan sudah menyinar pada musim sebelumnya dengan koleksi 4 gol dalam 3(4) liga.

Di atas kertas, tanpa Cabrera,  JDT dilihat tidak akan mempunyai masalah untuk menewaskan Perak. Perak gagal menjaringkan sebarang gol dalam 3 perlawanan dan mereka bolos 5 kali di 2 perlawanan terakhirnya.

Namum situasi sebaliknya berlaku, Perak mendahului 2-0.

Dengan tempoh permainan berbaki setengah jam, JDT mula melakukan ultra attacking sehinggakan Levere Corbin Ong berada sepenuh masa dalam kotak penalti lawan.

10 minit terakhir pemain pertahanan kiri ini melakukan 4 percubaan ke arah gawang lawan. Kesemuanya melalui tandukan dan 2 dari hampir memberi jaringan kepada JDT.

Sebelum itu, pemain pertahanan Perak mula gagal menyerap tekanan sehingga memaksa Yee Fatt memasukkan Idris Ahmad untuk membentuk 3 pertahanan tengah bersama Shahrul Saad dan Shakir Hamzah.

Perancangan Yee Fatt gagal membendung asakan JDT dan 2 minit selepas itu Akhyar Rashid melepaskan rembatan dalam kotak penalti ketika pertahanan Perak sudah ‘pecah’.

Akhirnya JDT berjaya mendapat jaringan penyamaan pada masa kecederaan melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Leandro Velazquez.

Bagaimanapun keputusan seri JDT kali ini tidak mudah kerana Hafizul Hakim menampilkan aksi yang cukup luar biasa. Ultra Attacking JDT berterusan lebih dari setengah jam tanpa henti.

HAFIZUL HAKIM SUPER CEMERLANG

Pada separuh masa pertama Perak hanya mempunyai 1 percubaan tepat ke arah gawang JDT. Percubaan tunggal itu memberi 1 gol kepada Perak. JDT pula mempunyai 3 percubaan tepat. Kesemuanya kuat dan bahaya namun berjaya ditepis oleh Hafizul.

Natxo Insa terlebih dahulu menguji Hafizul (m18) selepas itu Velazquez 2x (m29,m41) melakukan  sepakan percuma bahaya di luar kotak penalti. Ketiga-tiganya diselematkan dengan baik oleh penjaga berusia 28 tahun itu.

Tidak kurang dari 6 percubaan bahaya lagi dari JDT berjaya diselematkan oleh Hafizul sebelum Akhyar berjaya memecah kebuntuan tersebut. Akhyar dimasukkan menggantikan Mamadaou Sumareh. Sebelum itu Sumareh masuk menggantikan Ramadhan.

Jika pengadil tidak membatalkan jaringan Bergson, JDT sudah menang 3-2 dan mungkin menjadi kebangkitan dramatik.

JARINGAN PERAK UNIK

Ada 2 perkara unik berlaku ketika Perak menjaringkan kedua-dua gol itu. Satu, Perak hanya perlukan 2 percubaan tepat untuk menghasilkan 2 gol. Kedua, kedua-dua jaringan itu tercetus dari sepakan percuma pantas dilakukan oleh pasukan Perak mencari Guilherme.

Adakah kelemahan JDT ada pada 2-3 saat selepas wisel kekasaran ditiup?

Pemain JDT tidak berada dalam keadaan bersedia dan Guilherme cepat berada di tempat yang tidak dikawal untuk rakan menghantar bola kepadanya.

NATXO INSA BERANG

Selepas pengadil menamatkan permainan, pemain JDT meluru ke arah pengadil untuk ‘membantah’ sesuatu. Situasi itu berterusan sehingga ke laluan masuk terowong bilik persalinan.

Akibat dari provokasi, Natxo mula hilang pertimbangan dan cuba menyerang seseorang namun beberapa kali dihalang oleh rakan sepasukan.

[Video] Naxto Kelihatan ‘Koyak’, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

RUMUSAN

Perlawanan Perak lawan JDT terus menjadi subjek tumpuan dalam kancah bola sepak tempatan. Perlawanan berlangsung dengan baik tanpa insiden tidak diingini berlaku. Walaupun pemain JDT cuba membuat protes ke atas pengadil ia berlaku selepas perlawanan tamat.

Serangan maha dasyat menjadi perkara paling menghiburkan dari JDT dan kecemerlangan Hafizul menjadi tumpuan dari pasukan Perak disamping jaringan berganda dari De Paula.

2-2 adalah satu keputusan yang adil buat kedua-dua pasukan.

Baca yang lain