Banyak betul ‘rumours’ yang berlegar-legar dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Namun begitu, khabar-khabar angin tersebut lebih kedengaran tentang perpindahan keluar pemain utama Perak seperti Brendan, Nazirul dan Shahrul.
Apa yang pasti, keberadaan Hakim Hassan tidak lagi bersama Perak musim hadapan setelah dikatakan kontraknya tidak disambung. Kehilangan yang cukup besar buat Perak dan boleh menimbulkan persoalan; berbaloikah?
Dengan perlaksanaan Economic Control Programme (ECP) pada musim hadapan, PAFA dijangka akan mula mengorak langkah untuk berjimat.
MFL turut menasihati rakan kongsi MFL supaya tidak menandatangani mana-mana pemain sebelum bengkel ECP pada 18 November ini.
KEPUTUSAN MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH MFL BERKENAAN PENGGUNAAN NOMBOR JERSI, LEVI DAN ECP MUSIM 2020
Baca lanjut 👉https://t.co/VuAdmHaSiB#MFL pic.twitter.com/nA4US19asH
— #LigaMalaysiaKembali (@MFL_MY) November 8, 2019
Perak perlu fikirkan isu pembangunan bakat
Pada pendapat saya, Perak perlu mengkaji semula kekuatan kewangan mereka sebelum menandatangani sebarang pemain baharu.
Perak juga harus melepaskan atau meminjamkan pemain yang jarang diturunkan kepada PKNP FC.
Perak juga perlu membentangkan satu cetak biru tentang masa depan Perak dan PAFA dalam tempoh 3, 5 dan 10 tahun.
Ketepikan kemungkinan politik, industri bola sepak Perak perlu menjadi lebih mampan dan berdaya saing pada masa akan datang tanpa mengira siapa di tampuk tertinggi.
Apapun, bola sepak Malaysia akan bermula semula pada 1 Februari 2020. Suatu tempoh masa yang cukup panjang untuk merancang pra-musim yang berkualiti kepada pasukan untuk membentuk gandingan pemain senior dan muda dalam pasukan dan lebih bersedia musim hadapan.
Oh, ada juga dengar khabar angin berkenaan pemain sedia ada. Dengarnya, semua pemain utama Perak kekal? 🤭🤪
Nota Editor: Artikel asal adalah daripada penganalisis bola sepak bebas yang merupakan fans tegar Perak FA serta peminat BTS, Meor Mohamad Amirul. Sila follow: FB Meor Amirul . Nanti kami akan cuba dapatkan pautan tik tok beliau.