Perak dan Pahang Mampu Penuhi Impian Hadin Azman

Dalam bola sepak kerap kali kita mendengar pemain mencari pasukan yang mampu memenuhi impian mereka. Memberi peluang kepada mereka menjadi pemain utama dan pasukan tersebut berkemampuan mencapai kejuaraan.

Hadin Azman merupakan salah seorang daripadanya.

Hadin kini dilaporkan sedang diintai oleh 5 pasukan selepas menamatkan karier 5 musimnya bersama Felda United. Dalam tempoh itu Felda Utd mempunyai 1 musim mencabar kejuaraan Liga Super pada tahun 2016.

Pada musim 2017 Felda Utd menjadi pasukan ke-3 terbaik di Malaysia sebelum diturunkan ke Liga Perdana kerana masalah teknikal.

The Fighters pantas mendapat promosi dengan menjuarai Liga Perdana pada musim seterusnya. Kelab kehilangan ramai pemain termasuk jurulatih B.Sathianathan selepas mengecilkan bajet akibat masalah ekonomi negara.

Selepas itu Felda Utd bukan lagi pasukan yang mampu mencabar sebarang kejuaraan dan Hadin mahu mencari cabaran dan peranan yang lebih besar.

Pasukan mana yang mampu menawarkan 2 perkara tersebut. Selain gaji, pasukan yang mampu memberi tempat sebagai pemain utama dan pasukan yang mampu mencabar kejuaraan.

1. JDT

JDT dilihat tidak mempunyai keperluan mencari seorang pemain sisi (kiri) menyerang. Selepas kemasukan kontroversi Akhyar Rashid ke skuad Harimau Selatan, ia kelihatan sudah memadai untuk menjadi pemain sokongan kepada Gonzalo Cabrerra.

JDT masih mempunyai satu lagi pemain yang sedang dibangunkan di JDT II iaitu S.Kumahraan. Kelab sudah tidak mempunyai keperluan dengan pemain baharu.

2. Pahang

Pada musim ini Pahang membawa masuk seorang pemain muda dari Indonesia bagi mengisi posisi sayap kiri.

Saddil Ramdani yang merupakan pemain sayap kanan menjadi pemain utama pada posisi itu dan disokong oleh penyerang veteran negara Norshahrul Idlan Talaha. Sementara itu, Zuhair Aizat muncul 7 kali dari 37 perlawanan yang dimiliki Pahang.

Khabar angin mengatakan Saddil tidak akan lagi bersama pasukan ini pada musim depan. Kekosongan itu mampu diisi oleh Hadin Azman dan Pahang sememangnya pasukan yang mampu mencabar kejuaraan.

Kredit Foto: foxsport

3. Kedah

Kedah merupakan salah 1 dari 3 pasukan terbaik di Malaysia sejak 5 musim lepas. Walaupun prestasi Helang Merah agak hambar di Liga tetapi kemunculan 6 kali di pentas akhir Piala FA dan Piala Malaysia dalam tempoh 5 tahun menunjukkan pasukan ini sentiasa mampu mencabar kejuaraan.

Peluang Hadin tetap ada tetapi kedudukan Farhan Roslan perlu dilihat terlebih dahulu. Apakah pelan Kedah bagi pemain ini sama ada menjadikannya sebagai pemain utama atau sebagai pemain sokongan pada musim depan.

4. Perak

Perak dijangka akan kehilangan ramai pemain utamanya pada musim depan. Selepas Brendan Gan dilaporkan akan menyertai Selangor, Norhakim Hassan berada dalam desas desus ke Terengganu.

Masa depan 4 pemain asing melibatkan 2 penyerang, pertahanan tengah dan pemain tengah masih belum dilaporkan. Kehilangan 6 pemain ini mampu mengubah lebih separuh minit pemain utama pada musim ini.

Sekitar 19,000 minit.

Perubahan ini memberi peluang kepada pemain penting pasukan lain menyertai skuad Seladang, ia juga menjadi peluang kepada Hadin jika 5 pasukan yang disebut sedang mengintainya meliputi pasukan Perak.

Kredit Foto: Persatuan Bola Sepak Negeri Perak

5. Selangor

Peratusan untuk melihat pasukan ini memenangi Piala tetap ada tetapi melihat kepada pencapaian pada 5 musim lepas ia agak sedikit berbanding 3 pasukan diatas.

Selangor mencapai 3 final dalam pertandingan Piala dan berjaya 1 kali menduduki tempat ke-3 Liga Super.

Selangor boleh mengekalkan Syazwan Zainon dan Faiz Nasir yang banyak bertindak sebagai pemain sisi pada musim ini. Sebarang peluang kepada Hadin perlu melihat kepada apa status pemain ini.

Sama ada Syazwan atau Faiz mereka juga sudah mencapai pemain utama Liga Super untuk mana-mana pasukan. Sudah pasti mereka juga seperti Hadin mahu menjadi pemain utama pasukan.

Selepas PKNP dan PKNS digambarkan akan menjadi feeder club pada musim 2020, terdapat beberapa lagi pasukan. Tetapi masih jauh untuk dilabelkan pasukan pencabar kejuaraan.

Melaka dan Terengganu

Melaka Utd dan Terengganu merupakan pasukan baik di domestik pada masa kini. Tetapi melihat kepada pencapaian mereka, mereka agak ketinggalan berbanding 5 pasukan diatas.

Lain-lain Pasukan

Sementara itu Petaling Jaya City, Sabah dan UiTM yang akan berada di Liga Super 2020 masih belum boleh diramalkan mampu menjulang sebarang Piala domestik.

Pasukan manakah yang boleh memenuhi impian Hadin yang dalam pada masa yang sama memerlukan pemain utama di sisi menyerang kiri?

Pahang dan Perak.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan