Peranan Morata Dalam Bilik Persalinan Sepanyol Yang Tidak Didendang

Seorang penulis The Athletic menceritakan kepentingan peranan Alvaro Morata di dalam kejayaan pasukan Sepanyol bergelar juad Euro 2024.

Mungkin peminat hanya menganggap Morata hanyalah penyerang yang biasa biasa dan hanya menjaringkan 1 gol sahaja dalam 7 kemenangan Sepanyol sepanjang Euro. Tetapi peranan pemain itu lebih daripada sekadar mencari gol.

Dia adalah kapten yang berjaya menyatupadukan pasukan Sepanyol dengan semangat dan rasa pemilikan bersama.

Pengurus Sepanyol, De La Fuente tanpa ragu sebelum ini telah memilih Alvaro Morata sebagai kapten pasukan kerana faktor senioriti. Ada beberapa lagi pemain senior dalam pertimbangan namun berdasarkan kepentingan untuk skuad yang ramai pemain muda, maka di sinilah Morata ada kelebihan.

Menurut penulisan The Athletic, Morata adalah pemain yang sentiasa menunjukkan sikap terpuji dan baik di hadapan semua. Dia sentiasa menghormati jurulatih dan staf tidak kira apa pangkat mereka.

Perkara ini penting untuk ditunjukkan kepada pemain pemain muda seperti Lamine Yamal, Alex Baena, Fermin Lopez dan Nico Williams. Pada era generasi yang kuat mencarut hari ini, Morata masih menjaga batas perkataannya dengan staf dan jurulatih.

Morata menunjukkan contoh kepada pemain muda bahawa dia sentiasa menghormati pengurusnya, tidak pernah merungut ketika dikeluarkan atau diminta duduk di bangku simpanan.

Dia adalah pemain yang sanggup mengajar Marc Cucurella dan Alex Remiro bermain gol dan menjadi rakan sepermainan poker Dani Carvajal, Joselu, David Raya dan Ayoze Perez.

Sebelum kejohanan, dia sudah meminta semua pemain memilih lagu untuk disenaraikan dalam senarai main Spotify mereka. Lagu inilah yang akan dimainkan di bilik persalinan mereka. Supaya citarasa lagu setiap pemain itu dihargai.

Mereka juga mengundi lagu La Porta Salvaje sebagai lagu anthem untuk mereka di dalam pas pasukan.

Selain daripada peranannya yang santai dan mesra dia juga memainkan peranan untuk hal lebih serius. Dia adalah pemain yang berani mengutarakan tentang isu bonus pemain dan juga staf sokongan. Dia mahu memastikan kesemua orang mendapat bonus yang setimpal dengan kerja mereka.

Staf sokongan seperti kitman,chef dan petugas media menerima kenaikan bonus kerana Morata telah menggunakan suaranya sebagai kapten untuk mendesak kenaikan itu.

Menjelang aksi final antara Sepanyol dan England, dia telah menyerahkan sidang media itu kepada Jesus Navas. Sebagai penghargaan kepada pemain paling senior dari segi umur itu yang akan bermain kali terakhir untuk pasukan kebangsaan negaranya.

Dengan itu Morata telah memberikan peluang kepada Navas untuk membuat pengumuman persaraannya dengan sebaik baiknya dan di tempat teebaik iaitu di sidang media pasukan kebangsaan.

Lamine Yamal antara pemain muda yang sangat selesa dengan kepimpinan Morata kerana dia telah membuatkan pemain pemain muda dengan cepat rasa diterima dalam pasukan kebangsaan mereka. Terutama sekali Lamine Yamal yang merupakan dari keluarga pendatang.

Dia sentiasa ada masa melayan pemain muda dengan bercerita tentang apa sahaja. Termasuk cerita tentang pengalaman atau cerita yang kelakar.

Lamine Yamal berkata: “Dia, tanpa ragu-ragu, pemain yang mencipta perpaduan terbesar dalam pasukan kebangsaan Sepanyol.

“Dia adalah antara pemain paling kelakar. Apabila dia bercakap di bilik persalinan, semua pemain muda serius mendengar nasihat dan ceritanya. Dia adalah seorang tokoh yang cemerlang.”

De La Fuente menyatakan bahawa jika dia diminta mengundur masa sekali lagi dan diminta memilih siapa kaptennya, tanpa ragu dia akan memilih Morata lagi. Morata mungkin bukan kapten bintang / Superstar captain namun dia kapten yang sangat penting dalam menyatupadukan bilik persalinan.

Morata juga adalah contoh kapten yang boleh memberikan impak tanpa perlu cuba gila kuasa untuk cuba menonjol dalam pasukan. Dia tidak pernah menengek meminta penalti daripada pemain lain.

Dia sentiasa memberikan penghargaan kepada pemain muda yang gagal melakukan hantaran tepat tanpa perlu tarik muka atau menyalahkan orang lain.