Perancis melengkapkan persiapan akhir dengan mengalahkan Bulgaria 3-0 di Stade de France. Dalam perlawanan tersebut anak-anak buah Didier Dechamps tidak diberi tentangan langsung oleh Bulgaria.
Bulgaria gagal melakukan sebarang percubaan tepat, Hugo Lloris menjadi penonton melihat rakannya bermain. Perancis pula melakukan 27 percubaan dan 10 darinya tepat ke arah gol.
Antoine Griezmann membuka jaringan selepas permainan berlangsung hampir setengah jam melalui aksi akrobatik menarik. Jaringan itu berpunca dari gerakan Benjamin Pavard, pemain ini melakukan hantaran ke tengah namun terbias apabila bola terkena pemain lawan.
Griezmann dengan bakat semulajadi spontan melakukan satu sepakan gunting yang terus menerjah jaring lawan.
Oliver Giroud yang masuk menggantikan Karim Benzema melakukan 2 tapping mudah pada minit ke-83 dan ke-90 untuk memberi kemenangan bergaya Perancis.
Pada perlawanan sebelumnya menentang Wales, Perancis juga menang 3-0 hasil jaringan Griezmann, Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele.
Prestasi ini terus meletakkan Perancis sebagai calon pertama menjuarai Piala Eropah walaupun diundi dalam kumpulan maut yang mengandungi Jerman, Portugal dan Hungary.
Giroud Dan Benzema Dah ‘Deal’ Akan Lumba Go-Kart Jika Perancis Juara Euro
KARIM BENZEMA
Didier Deschamps melakukan sedikit kejutan apabila memanggil Benzema menyertai Perancis, pemain ini tidak pernah bersama skuad negaranya sejak 2 tahun lepas.
Benzema tidak terlibat dalam sebarang perlawanan kelayakan yang berlansung sepanjang 2019.
Penyerang Real Madrid ini juga tidak terlibat dengan perlawanan UEFA Nation League 2020/21 malah ketika Perancis mengharungi 3 perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Mac lepas, Benzema juga tidak dipanggil.
Dechamps sudah memberin 2 perlawanan kepadanya pada perlawanan pemanas badan sebelum bermain di Piala Eropah.
Descahamps menggunakan barisan terkuatnya pada 2 perlawanan tersebut. Hugo Llorris berada di garisan akhir dan Steve Mandinda bertindak sebagai penjaga simpanan.
Pavard dan rakan sepasukan di Bayern Munich bertindak di pertahanan sisi dan Raphael Varane berada di pertahanan tengah. Keempat-empat pemain ini berada dalam kesebelasan utama sejak 2 perlawanan lepas.
Dechamps mungkin hanya perlu memikirkan siapa yang akan bergandingan dengan Corentin Tolisso dan Paul Pogba dibahagian tengah, prestasi Kante bersama Chelsea baharu menjuarai Liga Juara Eropah bakal menyaksikan Adrian Rabiot tersisih.
Di garisan atas Dechamps hanya perlu memilih Giroud atau Benzema sebagai penyerang utama untuk bersama Griezmann dan Mbappe.
Dari 24 pasukan yang akan bermain di Piala Eropah edisi kali ini, Perancis dilihat adalah pasukan paling kuat berbanding pasukan lain.
Merujuk ramalan melalui prestasi semasa pasukan yang dikeluarkan oleh OptaJoe, Perancis diletakkan sebagai pilihan utama dengan 20.5% diikuti Belgium (15.7%) dan Sepanyol (11.3%)
Sepanyol juga mencatat kemenangan pada perlawanan pagi tadi menewaskan Lithuania 4-0.