Perancis Dituduh Hipokrit Setelah Layanan Mereka Ke Atas Diaba Konate

Perancis dituduh hipokrit kerana mengkritik pemain pemain Argentina sebagai rasis. Sedangkan polisi negara tersebut kepada atlet muslim juga dianggap diskriminasi.

FFF dan kerajaan Perancis mengutuk Argentina setelah pemain pemain pasukan itu menyanyikan lagu rasis ke atas pemain pemain kulit hitam mereka.

Tetapi peminat kini mempersoalkan tentang sikap kerajaan Perancis dan FFF ke atas atlet muslim. Kenapa FFF yang kena? Dasar FFF sebelum ini telah menjadi ikutan oleh persatuan sukan lain di Perancis.

Terbaru, Diaba Konate disisihkan daripada skuad Olimpik Perancis hanya kerana dia berhijab. Diaba Konate dilaporkan tidak mahu membuka hijabnya seperti diminta oleh pengurusan pasukannya. Pemain itu malah dikenakan penggantungan selagi lagi dia tidak mengikut garis panduan FFBB.

Ini kerana Perancis mengenakan peraturan bahawa pemain pemain beragama Islam tidak dibenarkan berhijab jika mahu bermain untuk Perancis.

Kesatuan Bola Keranjang Perancis, FFBB mengeluarkan surat pekeliling kepada semua atletnya bahawa mereka dilarang memakai sebarang kelengkapan sukan yang menunjukkan fahaman agama dan politik.

Diaba Konate adalah pemain bola keranjang wanita terbaik untuk Perancis pada ketika ini. Pemain berusia 23 tahun itu mencatatkan rekod 8.7 mata per perlawanan, 2.9 rebounds per perlawanan, 3.6 assist per perlawanan dan 2.2 steals per perlawanan.

Dalam rekod pemain junior dia merupakan pemain kelompok 30 teratas dalam lontaran percuma, dan mencapai 1,000 mata pada 2023 yang lalu.

Namun hanya kerana dia tidak mahu menanggalkan hijabnya membuatkan dia disingkirkan daripada beraksi untuk Perancis.

Diaba Konate menafikan dia tidak ada semangat patriotik kepada Perancis ketika ada yang mempersoalkan, kenapa dia tidak sanggup berkorban untuk negaranya.

Dia berkata: “Saya sayangkan negara Perancis dan mahu bermain untuk Perancis. Namun hanya kerana saya berhijab mereka singkirkan saya.

Peraturan ini bermula daripada kem bola sepak Perancis sebelum ini. Di mana kerajaan telah mewartakan larangan kepada semua pemain beragama Islam daripada berpuasa ketika tugasan skuad kebangsaan.

Seterusnya Ligue 1 turut mengadaptasi dasar itu ke dalam liga mereka dengan melarang sama sekali pengadil menghentikan seketika permainan hanya kerana mahu memberikan seminit dua kepada pemain beragama Islam berbuka puasa di atas padang.

Pemain yang berbuka puasa di atas padang boleh dikenakan tindakan disiplin.

Oleh sebab itu peminat di Perancis sendiri menganggap bahawa FFF dan kerajaan Perancis sebagai hipokrit apabila mereka menentang perkauman ke atas pemain kulit hitam oleh pemain pemain Argentina menerusi lagu mereka.

Pada masa yang sama mereka juga dianggap rasis dengan atlet sendiri yang beragama Islam.

Salah seorang peminat Perancis berkata: “Saya faham kalau seseorang itu dilarang bercakap tentang agama ketika sidang media berkaitan sukan, namun melarang seseorang itu memakai hijab yang menjadi suruhan agamanya, itu adalah tidak masuk akal.”

Yang lain menulis: “Perancis tidak boleh terus cuba mengekang rakyat mereka daripada terus menjalani kehidupan beragama mereka, termasuk dalam sukan.”

Peminat juga menuduh bahawa tindakan FFBB ini bertentangan dengan semangat olimpik sebenar yang meraikan perbezaan bangsa dan agama dari seluruh dunia.

Diaba sebelum ini pernah diberikan amaran oleh FFBB kerana berpuasa pada bulan Ramadan ketika berada di kem latihan kebangsaan. Ianya selepas Diaba mendedahkan sendiri kepada media bahawa dia mahu berpuasa sambil bermain.

“Saya mahu mencabar diri saya, untuk terus mengerjakan suruhan agama saya pada masa yang sama bermain bola keranjang,” tegas beliau.

Ketika ini Diaba berharap penggantungan ke atasnya akan ditamatkan dalam masa terdekat kerana dia mahu bermain bola keranjang.

Dia menambah: “Perancis mengajar saya untuk mencintai sukan bola keranjang. Saya harap kerajaan Perancis mengurangkan penggantungan ke atas saya. Saya mahu bermain bola keranjang di hadapan keluarga saya. Saya nak bermain untuk Perancis. Dan saya mahu berjuang sama seperti wanita yang lain yang ada akses kepada sukan.”