Perancis terus berharap kepada own goal untuk membantu mereka layak sehingga ke suku akhir. Belgium sekali lagi gagal mara lebih jauh dalam pertandingan besar. Walaupun berstatus pasukan serba bintang.
Peminat Belgium benar benar sudah muak dengan apa yang berlaku kepada pasukan negara mereka.
🚨🇫🇷 France are qualified to Euro 2024 quarter finals.
Belgium are officially OUT. ❌🇧🇪 pic.twitter.com/FyVmNMGWxU
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 1, 2024
Tetapi lebih menarik adalah cara Perancis mara ke suku akhir Euro 2024. Di mana pemain pemain mereka masih gagal menjaringkan gol daripada permainan terbuka ataupun gol padang.
Dalam aksi berdepan dengan Belgium semalam, percubaan Randal Kolo Muani terbias pada kaki pemain Belgium, Jan Vertonghen pada minit ke-86.
Kolo Muani ternyata mahu mengklaim gol tersebut. Pemain yang pernah terlepas peluang 1 lawan 1 dengan Emi Martinez pada final Piala Dunia 2022, dan dia ketika itu mempersiakan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan pada final.
Kali ini Randal Kolo Muani tidak dapat mengklaim gol itu kerana ianya disahkan sebagai jaringan sendiri oleh pemain Belgium.
Kini Perancis ada rekod yang pelik dalam Euro 2024 kali ini. Mereka sudah mencetak 66 percubaan ke arah gol dan mencatatkan 0 gol daripada permainan terbuka. Yang ada pun hanya gol daripada sepakan penalti dan juga gol sendiri oleh lawan.
French players at the Euros:
66 shots
0 non-penalty goalsThey're in the quarterfinals. pic.twitter.com/trZnI2Tfhq
— StatMuse FC (@statmusefc) July 1, 2024
Bekas pemain kebangsaan Itali, pertahanan legenda, Chiellini sempat mengusik Perancis dengan menyatakan bahawa, penjaring terbanyak pasukan Perancis ialah pemain yang bernama Own Goal.
Giorgio Chiellini had jokes after France's win against Belgium in the Euro 2024 Round of 16 😂 pic.twitter.com/RQ6o025DzC
— ESPN FC (@ESPNFC) July 1, 2024
Perancis merupakan salah sebuah pasukan pilihan. Dan mereka masih lagi bergelut dengan penyudah di hadapan gol.
Kylian Mbappe sebelum ini mengakui dia masih bergelut dalam Euro 2024. Terutama sekali selepas mengalami kecderaan di bahagian hidung yang membuatkan dia kesakitan dan rimas.