Perang Rossi Dan Michelin Tentang Tayar, Rossi Terbuka Puji Bridgestone

Sebelum ini selepas, dua sesi latihan di Jerez, pelumba Monster Energy Yamaha – Valentino Rossi mengkritik suhu tayar belakang beliau yang cepat panas yang membuatkan beliau tidak dapat menamatkan saingan di 10 teratas.

Lebih kritikal ke atas tayar yang digunakannya, Rossi menyatakan faktor tayar panas itu membuatkan selekohan beliau tidak power dan tak selesa.

Rossi kemudian menuduh motornya lambat nak pick up/ accelerate/ mencapai kelajuan maksimum.

Michelin bidas cara tunggangan Rossi punca tayar panas

Kecewa dengan tuduhan Rossi yang mahukan pasukan Michelin memperbaiki aspek suhu tayar motor dan cengkaman tayar depan, pengurus Michelin, Piero Taramasso, menyalahkan gaya tunggangan Valentino Rossi.

Di mana menuut Taramasso, gaya tunggangan Rossi membuatkan beliau sentiasa bermasalah dengan tayar sejak kebelakangan ini.

Tunggangan Rossi memberikan masalah kepada cengkaman tayar depan. Ia juga memberikan impak kepada suhu tayar belakang yang menyukarkan Rossi mendapat pick up yang cepat.

Michellin kemudian menyatakan,selaku penyedia tayar yang berkredibiliti di MotoGP, mereka sudah mencuba melakukan yang terbaik.

Malah mereka juga sentiasa melabur untuk mencari inistiatif baharu bagi inovasi yang memperbaiki kualiti tayar bagi membantu pelumba.

Taramasso berkata: “Bukan rahsia lagi jika Valentino [Rossi] mengalami masalah ini. Hal itu merupakan isu yang sudah lama dihadapinya. Rossi mempunyai gaya tunggangan yang tersendiri [yang menyebabkan masalah pada tayar].”

“Dia tak terlalu bergantung kepada motor, sama seperti ramai pelumba lain.”

“Rossi tidak menjatuhkan badannya pada kedudukan seperti pelumba lain, yang lebih memberikan kesan pada bahagian luar tayar.”

“Untuk alasan ini, dia lebih banyak bergantung pada tayar lebih dari bahagian lain sehingga suhu tayarnya meningkat,” kata Taramasso dikutip dari GPOne.

Taramasso sendiri yakin Rossi dan pasukannya akan mampu mengatasi masalah itu dalam MotoGP 2020.

Kata kata Taramasso itu seolah oleh menuduh Rossi terlalu bergantung kepada kekuatan jentera berbanding dengan skil tunggangan.

Ia jelas sekali membuatkan Rossi tak gembira. Kerana beliau antara pelumba yang dianggap memiliki skil kendalian motosikal yang hebat, yang selama ini membezakan beliau dengan yang lain.

Dan ia juga membantu beliau menjadi juara dunia MotoGP sebanyak 7 kali.

Mendengar kritikan tersebut, pelumba berusia 41 tahun itu, Valentino Rossi tidak hanya berdiam diri.

Dia mempertahankan tunggangannya. Sebelum perlumbaan rasmi di Jerez Rossi menyatakan prestasi tunggangannya adalah dipengaruhi tayar Michelin.

Di mana beliau tak boleh menunjukkan lebih banyak skil kerana tak selesa.

Malah Rossi menyatakan bahawa Andrea Dovizioso, juga mengalami kesulitan yang sama.

“Saya tidak setuju dengan Taramasso. Saya mendengar wawancara itu, tetapi jika Anda melihat foto-foto, tubuh saya sering keluar dari motor kerana kami mencari posisi yang terbaik dari sudut ini.”

“Dengan Bridgestone, saya lebih sering keluar daripada motor. Sekarang dengan Michelin, Anda tidak mampu melakukannya dengan kerap,” jelas Rossi yang dengan beraninya membandingkan Michelin dengan Bridgestone.

“Saya tidak yakin kenyataan itu benar. Masalahnya bukan itu. Dovizioso juga mengalami hal yang sama. Padahal, dia juga mempunyia gaya tunggangan dengan menempel pada motornya.”

“Jadi, pada saya, itu bukan masalah tunggangan kami.”

Dalam aksi perlumbaan rasmi di Jerez, Rossi dan rakan sepasukannya Maverick Vinales telah mengambil keputusan untuk menggunakan tayar depan yang lembut.

Mereka berdua mengambil risiko. Dan ianya ternyata hampir berjaya. Vinales pada awalnya cemerlang dan berada di persaingan tempat teratas.

Namun pada akhirnya masalah tayar mulai menghantui beliau membuatkan beliau bergelut untuk kekal memimpin perlumbaan. Mujur beliau menamatkan saingan di tangga kedua.

Malang buat Rossi kerana beliau sekali lagi berdepan dengan masalah dalam perlumbaan sebenar dan tersingkir pada pusingan ke-19.

Selain Rossi ada 4 lagi pelumba yang gagal menamatkan saingan dalam aksi di Jerez iait Marc Marquez, Iker Lecuona, Aleix Espargaro, dan Joan Mir.

Nampaknya pasukan Monster Energy Yamaha dan Michelin harus menyelesaikan isu tayar ini sebaiknya.

Adakah Rossi betul tentang isu tayar? Kerana ternyata Vinales hampir berjaya dengan tayar lebih lembut cuma tidak dapat mengekalkan kedudukan untuk tempoh lama.

Ataupun Michelin yang betul dengan kritikan ke atas gaya tunggangan Rossi.