Perang Tun Wenger vs Lontaran Ke Dalam: FIFA Sedia Gantikannya Dengan Sistem Futsal

Rancangan unik dalam peraturan bola sepak yang sudah pun diwar warkan sejak setahun lalu kini dalam proses untuk diuji. Majlis Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) dan FIFA akan mengadakan percubaan untuk sepakan ke dalam dan bukannya lontaran ke dalam.

Ianya mirip kepada sistem permaian futsal. Idea itu pertama kali dicetuskan oleh Tun Wenger.

Ahli IFAB telah menerima cadangan sepakan ke dalam untuk melalui fasa percubaan untuk menggantikan lontaran ke dalam.

Perubahan peraturan ini boleh memberi impak yang besar kepada permainan bola sepak seperti yang kita ketahui hari ini. Di mana sudah banyak peraturan bola sepak yang berubah terutama sekali melibatkan teknologi.

Wenger yang pernah mengkritik lontaran ke dalam Rory Delap pada satu ketika dahulu sebagai kelebihan yang tak adil dimiliki oleh Stoke ketika itu.

Ramai yang menyakat atok Wenger dengan menyatakan bahawa dia memang nak menghapuskan perkara yang pernah menghantuinya dahulu.

Wenger sangat tak suka dengan lontaran ke dalam Delap yang kuat itu. dia pernah berkata: “Dan satu hari nanti beberapa orang gila akan berkata ‘kami menang [perlawanan bola sepak] dengan menggunakan tangan.”

Wenger juga menegaskan bahawa lontaran ke dalam banyak disalah guna oleh pemain. Ada yang suka melengahkan perlawanan dengannya. Kemudian, lontaran ke dalamn dilakukan dengan lebih mudah berbanding sepakan percuma, jika seseorang itu mampu melakukan lontaran jauh. Ini kerana ianya menggunakan tangan. Lebih lebih lagi peraturan menyatakan bahawa lontaran ke dalam tidak ofsaid.

Namun pada masa tu Wenger mana ada kuasa untuk mengubah peraturan lontaran ke dalam ini.

Wenger yang kini berkhidmat sebagai Ketua Pembangunan Bola Sepak Global FIFA, telah bercakap tentang mengubah peraturan lontaran ke dalam pada 2020 yang lalu. Dan sekarang Wenger boleh memansuhkan lontaran ke dalam yang dia benci itu kepada sepakan ke dalam.

Menurut Wenger, sesuatu harus dilakukan untuk menjadikan permainan bola sepak lebih pantas dan menarik. Wenger percaya tempo permainan perlu dipercepatkan bagi menarik lebih ramai generasi muda menonton bola sepak.

Tokoh asal Perancis itu mendakwa bahawa dua detik yang paling banyak membuang masa dalam bola sepak ialah lontaran ke dalam dan sepakan percuma. Statistik juga membuktikan perkara ini.

“Saya ingin mengubah peraturan lontaran ke dalam. Lima minit sebelum permainan berakhir, balingan ke dalam untuk anda seharusnya menjadi kelebihan,” kata Wenger.

Baru-baru ini, Majlis Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) membincangkan idea percubaan sepakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan mereka di Qatar. Mereka juga membincangkan ujian peraturan lain yang boleh berlaku dalam masa terdekat.

“Eksperimen lain seperti penjelasasn keputusan pengadil tertentu semasa perlawanan, pengiraan masa bermain yang berpotensi lebih adil, dan sepakan ke dalam turut dibincangkan,” tegas kenyataan di laman web IFAB.

Perancangan ini tentunya sangat kontroversi kerana peminat bola sepak sudah terlalu bosan dengan terlalu banyak peraturan yang berubah.

Namun biasanya FIFA dan IFAB sekarang ini akan mengimplementasi peraturan yang mereka uji secara rasmi.

Apa yang pasti, jika peraturan ini diterima kelak, ianya akan meletakkan nama Tun Wenger dalam buku sejarah bola sepak dunia.

Dah macam cerita hindustan pulak Tun Wenger ni. Dia kena buli masa dia tak ada kuasa dulu, kemudian dia perlahan lahan naik ke bangunan FIFA dan menjadi pegawai. Terus dia hapuskan mimpi ngerinya itu.

Cuma kita harap Wenger tak meniru menteri Malaysia la, mencadangkan agar stadium senyap sebab boleh mengganggu fokus pemain.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil