Perbandingan Pasukan 2019/20 Liverpool dengan Treble Man United dan Invincible Arsenal

Liverpool kini sedang selesa menakluki Liga Perdana Inggeris dengan mendahului 22 mata dihadapan.

Liverpool kini semakin pasti untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama dalam sejarah mereka selepas 30 tahun.

Sekiranya mereka berjaya memenangi enam lagi perlawanan Liga selepas ini maka mereka akan sah di tabalkan sebagai Juara Liga Perdana untuk musim ini.

Sekiranya mereka berjaya menjulang Piala Liga musim ini. Mereka bukan sahaja mendapat Piala kejuaraan semata-mata.

Mereka juga akan memecahkan beberapa rekod sedia ada yang masih belum terpecah lagi.

Nama Jurgen Klopp sudah pasti akan tertulis dalam sejarah sebagai pengurus yang paling banyak memecahkan rekod di Liga Perdana Inggeris.

Mereka boleh meleburkan rekod 100 mata Manchester City dan mereka kelihatannya mampu melakukan itu sebelum 14 April nanti.

Dengan kutipan mata mereka terkini mereka akan menjadi pasukan pertama yang ditabalkan kejuaraan paling awal dalam sejarah Liga Perdana.

Tidak dinafikan bahawa pasukan Liverpool musim ini sangat istimewa dan mereka akan jadi sebuah pasukan yang tidak akan pernah dilupakan.

Mereka perlu memenangi Liga Perdana musim ini dengan penuh gaya dan memecahkan pelbagai rekod.

Arsenal pernah melakukan invicible pada 2003/04 dengan menghabiskan keseluruhan musim itu tanpa kekalahan.

Manakala Man United pula pernah memenangi Kejuaraan Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA pada 1998/99.

United dan Arsenal adalah dua pasukan terbaik yang pernah mencatat sejarah dalam Liga Perdana Inggeris. Tetapi adakah pasukan Liverpool musim 2019/20 lebih baik dari mereka?

Liverpool musim lalu sudah memenangi Liga Juara-Juara eropah kemudian mereka meneruskan kecemerlangan dengan memenangi Kejuaraan Super Cup.

Dan pada Disember lalu pasukan Liverpool telah memenangi “Club World Cup”. Mereka adalah pasukan terbaik di dunia ketika ini.

Liverpool bakal memenangi Liga Perdana musim ini dan bakal memecahkan beberapa rekod untuk mencatatkan nama mereka sebagai pasukan terbaik sepanjang zaman.

https://twitter.com/ThatRexGuy/status/1224030278143873026?s=19

Berdasarkan statistik selepas 25 perlawanan liga, mereka hampir pasti mampu memecahkan rekod Treble United dan Arsenal’s Invincibles.

Pasukan Liverpool yang kini mengharungi liga dengan tidak mempunyai sebarang kekalahan dalam liga musim ini, mempunyai peratusan kemenangan 96%.

Dan selepas 25 perlawanan Liga Arsenal mempunyai 72% peratusan kemenangan manakala United pula mencatatkan 56% peratusan kemenangan.

Di peringkat setakat ini Pasukan bawah kendalian Klopp kini mempunyai 10 kemenangan mengatasi pasukan United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson ketika mereka memenangi Treble dahulu.

Liverpool (2019-20)

Permainan: 25
Menang: 24
Seri: 1
Kekalahan: 0
Jaringan: 60
Bolos: 15
Mata: 73
Peratusan kemenangan: 96%

Pasukan Treble Man United (1998-1999)

Permainan: 25
Menang: 14
Seri: 8
Kekalahan: 3
Jaringan: 59
Bolos: 27
Mata: 50
Peratusan kemenangan: 56%

Arsenal Invincibles (2003-04)

Permainan: 25
Menang: 18
Seri: 7
Kekalahan: 0
Jaringan: 49
Bolos: 16
Mata: 61
Peratusan kemenangan: 72%

Jadi Liverpool mendominasi Statistik untuk setiap kategori. Bukan sahaja mereka mempunyai lebih banyak kemenangan, mereka juga menjaringkan lebih banyak gol daripada United dan Arsenal dan kalah lebih sedikit.

Sudah tiba masanya untuk memberi penghormatan kepada pasukan Liverpool dan mereka layak bergelar Pasukan Terbaik Dunia untuk waktu ini.