England bertemu Belanda pada aksi suku akhir yang dilangsungkan di Signal Iduna Park. Skuad bimbingan Gareth Southgate berjaya mara ke final dengan comeback yang dramatik.
Belanda terlebih dahulu di hadapan menerusi gol oleh bintang muda mereka Xavi Simons yang merembat deras pada minit ke-7 perlawanan.
Ianya adalah gol sulung Simons dalam kejohanan Eropah dan kariernya masih lagi jauh selepas ini jika tiada aral melintang.
XAVI SIMONS DOES IT ALL BY HIMSELF TO PUT NETHERLANDS IN FRONT OVER ENGLAND EARLY! 🥶 pic.twitter.com/RnRbJi4c2l
— ESPN FC (@ESPNFC) July 10, 2024
Tersentak dengan gol itu England segera melancarkan beberapa siri serangan ke arah gawang Belanda.
Mereka diberikan penalti selepas Dumfries melakukan kesalahan di dalam kotak penalti. Pengadil menggunakan VAR untuk menyemak semula insiden tersebut. Dan memberikan penalti kepada England.
Kapten Harry Kane tidak melakukan kesilapan untuk menyamakan kedudukan minit ke-18 perlawanan.
England hampir di hadapan tidak lama kemudian menerusi percubaan oleh Phil Foden. Namun Dumfries menebus kesilapannya dengan melakukan hadangan di atas garisan gol.
DUMFRIES CLEARS FODEN'S SHOT RIGHT OFF THE LINE! WHAT A SAVE 🔥 pic.twitter.com/2V0SlG9Cfh
— ESPN FC (@ESPNFC) July 10, 2024
Dumfries sekali lagi mencuri perhatian apabila tandukannya terkena palang gol England.
Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-1. Dengan kedua dua pasukan kelihatan bersaing sengit.
Pada separuh masa kedua, kedua dua pasukan rancak merencana serangan mereka. Xavi Simons melakukan percubaan bahaya yang diselamatkan oleh Pickford.
Sementara Bukayo Saka sudah berjaya menyambar masuk bola pada minit ke-80 namun dibatalkan kerana ofsaid.
Southgate memasukkan Watkins dan Cole Palmer untuk menggantikan Kane dan Phil Foden.
Penyerang Aston Villa itu, Watkins berjaya meletakkan England di hadapan. Dia menerima bola dalam kotak penalti dan melakukan turn yang cantik untuk mencipta ruang dan merembat masuk bola pada minit ke-90.
Percaturan bijak Southgate dengan memasukkan pemain gantian yang tepat sekali lagi membuahkan hasil. Sama seperti ketika dia memasukkan Ivan Toney sebelum ini.
Watkins berjaya mencetak gol sulungnya dalam pertandingan major dan gol itu sangat penting dalam sejarah England. Di mana mereka mungkin akan menjadi juara Euro selepas ini.
Lawan England di final adalah Sepanyol yang semalam berjaya menewaskan Perancis dalam satu lagi aksi separuh akhir.
🏴 Ollie Watkins scores his first goal ever in major tournament for England! ⚡️ pic.twitter.com/JRuX8zlc0G
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 10, 2024
Dan ini juga merupakan aksi final kedua England dalam Euro di bawah kendalian Gareth Southgate.