Percayakan Tahyul, Simeone Kekalkan 4 Rutin Ini Ketika Bertandang Ke Manchester Sekali Lagi

Dieogo Simeone dilaporkan percaya dengan kepercayaan karut dan mengamalakannya ketika aksi pasukannya menentang Manchester City. Di mana dia mengekalkan rutin yang sama seperti menentang Man United untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Ianya sebagai sebahagian proses persediaan berdepan dengan pasukan yang digelar terbaik di dunia ketika ini iaitu Manchester City.

Sebelum berdepan Manchester City pada pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2021-2022, Atletico Madrid terlebih dahulu bertemu dengan sebuah lagi pasukan Manchester iaitu Manchester United.

Atletico bertemu Setan Merah dalam pusingan 16 akhir. Di mana ketika menentang Red Devils, Atletico Madrid beraksi cemerlang dan berjaya menyingkirkan Red Devils dari pentas UCL dengan agregat 2-1.

Diego Simeone kemudian percaya bahawa rutin yang mereka amalkan pada kunjungan terdahulu memainkan peranan penting dalam kemenangan mereka.

Lalu pengurus asal Argentina itu mahu mengulangi kemenangan itu semula apabila bertemu Manchester City dengan meniru dan mengulangi semula setiap butiran dari perjalanan ke Manchester United hingga perjalanan ke kompleks Citizens.

4 rutin Simeone

Menurut El Chiringuito, terdapat empat ritual yang dilakukan oleh Diego Simeone ketika tiba di Manchester sekali lagi.

Pertama, Atletico Madrid meninggalkan bandar Madrid dan terbang ke bandar Manchester untuk melawan Man City pada pukul 11.30 waktu tempatan di Sepanyol.

Di mana sebelum ini mereka turut bertolak dari bandar Madrid ke Manchester pada waktu yang sama.

Kedua, ketika tiba di Manchester, Atletico Madrid melakukan perjalanan dengan bas yang sama dari lapangan terbang dan menginap di hotel yang sama, seperti kali terakhir mereka pergi ke Manchester menentang Man United.

Ketiga, sama sidang media dan sesi latihan menentang Man City juga dijadualkan pada masa yang sama seperti yang mereka lakukan ketika menentang Manchester United.

Keempat, pemain tengah Los Rojiblancos, Marcos Llorente, dibawa oleh Simeone untuk mengadakan wawancara dengan media. Ini dilakukan oleh Llorente ketika menentang Man United.

Empat perkara ini dilakukan Simeone kerana percaya ritual atau tahyul ketika bertemu Man United, jika diterapkan pada perlawanan menentang Man City, dianggap mungkin akan membawa tuah kepada Atletico Madrid.

Namun, bertentangan dengan kepercayaan Simeone, Atletico Madrid tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan kerana dikalahkan Man City dengan jaringan 0-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Etihad.

Malah lebih memburukkan keadaan Atletico gagal melakukan sebarang percubaan ke gawang Manchester City.

Gol tunggal perlawanan adalah hasil gol Kevin De Bruyne yang selepas itu mengakui terkejut melihat formasi 5-5-0 yang digunakan oleh Atletico Madrid.

Atletico bertahan dengan sangat kental sehinggalah Pep Guardiola memasukkan Phil Foden yang akhirnya memecahkan kubu pertahanan Atletico dengan hantaran cantiknya kepada De Bruyne.

Pep Guardiola tetap memberikan amaran kepada para pemainnya, bahawa mereka akan menempuh cabaran lebih sukar selepas ini dalam perlawanan kedua di Wanda Metropolitano.