Mungkin kita tidak kenal dengan nama Oussou Konan, penyerang yang berasal dari Ivory Coast. Namun di Vietnam namanya bukanlah asing di sana.
Dia merupakan bekas Nam Dinh FC, sebuah kelab yang agak besar di V-League. Malah ejennya pun orang Vietnam.
Sebelum beraksi di Liga V, Konan sempat beraksi bersama beberapa kelab Eropah dan beberapa kelab Afrika dan Arab. Konan sempat mencetak 7 gol dan 1 assist bersama dengan Nam Dinh sebelum liga dihentikan seketika kerana pandemik.
May his soul Rest In Peace 💔 pic.twitter.com/9k4tzLqqBE
— Al Ahly SC 🇬🇧 (@AlAhlyEnglish) January 4, 2022
Oussou Konan dianggap penyerang yang sedang meningkat naik di Liga V terutama sekali dia menjadi pemain penting Nam Dinh dalam persaingan kejuaraan.
Namun segalanya tidak lama untuk Konan. Kerana dia baru sahaja meninggal dunia, dibunuh oleh sepupunya sendiri kerana mempertahankan maruah isterinya.
Berita kematiannya tersebar meluas di Vietnam pada Selasa lalu.
Konan meninggal dunia kerana dibunuh oleh sepupunya sendiri di kampung halamannya, Yopougon, Ivory Coast. Di mana punca kematian adalah kerana diracun.
Konan menghembuskan nafas terakhir hanya 15 minit selepas muntah darah. Dia sedang menikmati segelas wain tanpa mengetahui bahawa ia telah diracun oleh sepupunya.
Sepupunya itu itu sudah ditahan polis untuk siasatan. Dia disyaki berbuat begitu kerana berlaku konflik di antara dia dan Konan. Ini selepas isteri Konan mendakwa sepupu Konan seringkali cuba mengganggu dan cuba menggodanya.
Perkara tersebut turut dikongsikan Konan dengan media di Vietnam. Di mana dia berterus terang menyatakan bahawa dia tidak sukakan sepupunya itu.
Konan seorang lelaki yang seringkali melindungi isterinya daripada gangguan sepupunya itu yang suka menggatal dan melakukan serangan seksual secara verbal ke atas isterinya.
Akibat daripada pertengkaran tersebut, sepupu Konan memutuskan untuk meracun minumannya. Dia memasukkan racun dalam wain yang diminum Konan.
Urgent : L'ex joueur du Fc San Pedro Oussou Konan est décédé des suites d'un Malaise 😭😭😭😭 pic.twitter.com/OJUlYUf4n0
— Starfoot officiel (@starfoot225) January 4, 2022
Ejen kepada Oussou Konan iaitu Nguyen Minh Chau menyatakan bahawa dia sebelum ini sempat menghubungi Konan seperti biasa.
Di mana ejennya mahu tahu keadaan Konan yang sedang bercuti di kampung halamannya. Namun kini ejennya dirundung berita sangat menyedihkan.
“Sebelum bercuti, Konan juga menelefon saya untuk berbua . Pagi ini, saya terbang ke Hanoi untuk bekerja. Apabila saya menghidupkan telefon, saya melihat berpuluh-puluh panggilan tidak dijawab daripada keluarga Oussou Konan. Menerima berita buruk itu, saya terkejut,” katanya.
Sejarah karier
Dia memulakan karier profesionalnya bersama dnegan kelab gergasi Ivory Coast iaitu Africa Sports. Aksinya mencuri tumpuan pasukan dari Mesir iaitu Misr El Makkasa pada 2010. Dan kemudian Kelab Tunisia, Espérance Sportive de Tunis.
Selepas mencetak 11 gol dalam 27 perlawanan bersama Esperance, kelab juara Afrika, Al Ahly datang menawarkan kontrak kepadanya dan membayar yuran perpindahan sekitar €200,000 pada Julai 2012.
Namun malangnya, Liga Perdana Mesir ketika itu digantung. Konan hanya sempat beraksi 6 perlawanan.
Konan tetap berjaya menjadi sebahagian daripada pasukan Al Ahly yang memenangi Liga Juara Juara CAF pada 2012. Dia malah menjadi penjaring gol ketika menentang Berekum Chelsea di tempat lawan dalam perlawanan berkesudahan 1-1. Gol yang membawa kelabnya mara ke kalah mati ketika itu.
Kemudian, Konan menjadi kesebelasan utama dalam Derbi Cairo antara Al Ahly dan Al Zamalek. Beraksi 88 minit dalam aksi Piala Super Mesir bertemu ENPPI, dan menjadi juara.
Selepas sukar menjadi kesebelasan utama di Al Ahly, Konan dipinjamkan ke Saudi bersama Al Hajer, sebelum bermain untuk Gaziantep F.K di Turki pada 2013.
Pada 2014, Konan menyertai kelab gergasi Finland, HJK Helsinki, membantu kelab memenangi kejuaraan berganda pada tahun tersebut. Dia kemudian kembali ke Mesir pada tahun yang sama menyertai Tala’a El-Gaish.
2 musim bersama Tala’a Konan menjaringkan 8 gol dan 39 assist dalam 39 perlawanan. Dia terus menjadi nomad apabila menyertai kelab Oman, iaitu Saham FC. Kembali ke Tunisia bersama CA Bizertin, seterusnya kelab Ivory Coast, FC San Pedro, Sion dan Stade Laussane di Swiss.
Kemudian dia ke Vietnam menyertai Nam Dinh FC. Selepas kontraknya dengan Nam Dinh berakhir, Konan menyertai Liga Divisyen 2 Saudi bersama Al-Bukiryah FC pada September 2021.
Ketika bercuti dengan keluarganya di kampung, Oussou Konan menemui ajalnya pada usianya 32 tahun tewas di tangan sepupu sendiri.
JUST IN :
Former Africa Sports, Espérance and Al Ahly striker Oussou Konan has passed away at age 32 in his hometown in Ivory Coast.
According to some reports, the player was poisoned in his hometown while on a visit. 😒#GTVSports pic.twitter.com/xMtCITR0bq
— GTV SPORTS+ (@mygtvsports) January 4, 2022