Perdana Menteri Jepun Sahkan Belum Jumpa Hantu Lagi Di Rumah Kediaman Rasmi Baharunya

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida membuat kenyataan yang menggemparkan apabila dia menyatakan bahawa, sejak dia berpindah kediaman baharunya, dia masih belum lagi berjumpa dengan mana mana hantu.

Fumio berpindah ke kediaman rasmi baharunya, di mana rumah tersebut sudah 9 tahun sudah tidak berpenghuni, kerana semua menteri lain takut tinggal di situ disebabkan rumah tersebut berhantu.

Terdapat kes pembunuhan di rumah itu dahulu. Namun Kishida langsung tidak ada masalah untuk tinggal di situ seperti biasa, daripada membiarkan sahaja rumah itu tidak digunakan dan membazir.

Selepas dia tinggal di situ, wartawan bertanya, adakah beliau ada terserempak atau terkena gangguan mahkluk halus.

Soalan itu menjadi soalan popular dan boleh jangka daripada wartawan Jepun. Kerana setiap kali ada Perdana Menteri tinggal di situ, mereka akan bertanya soalan yang sama.

Fumio Kishida berkata: “Saya tidur semalam nyenyak sekali dan berdengkur. Dan saya tak jumpa lagi hantu.”

Fumio Kishida kemudian menyatakan bahawa dia berpindah ke rumah itu atas dasar tanggungjawab sosial kepada rakyat. Dia tidak mahu membuang masa memilih rumah, sedangkan kediaman yang praktikal sudah ada untuknya.

Rumah tersebut memiliki akses yang dekat dengan pejabat dan masih kukuh.

“Saya memutuskan untuk berpindah ke sini kerana ianya akan memudahkan lagi urusan kerja saya demi rakyat.”

Rumah tersebut direka oleh arkitek Muraji Shimomoto, selepas gempa bumi Kanto pada 1923. Keluasannya hampir 55,800 kaki persegi.

Rumah itu menjadi kediaman rasmi perdana Menteri Jepun dan pernah ada cubaan membunuh Perdana Menteri Tsuyoshi Inukai pada 1932.

Kemudian pada 1936, beberapa pegawai kerajaan Jepun dibunuh di rumah tersebut dalam satu cubaan rampasan kuasa.

Selepas itu, rumah itu dikatakan berhantu. Bekas perdana menteri Jepun, Junichiro Koizumi pernah menyatakan kerisauannya tentang rumah berhantu otu ketika dia berpindah ke kediaman tersebut pada 2001. Dan Junichiro Koizumi mengadakan upacara menghalau hantu sebelum berpindah ke situ.

Pada 2011, adalah kali terakhir rumah tersebut berpenghuni dengan didiami oleh Perdana Menteri Yoshihiko Noda.

Selepas itu tiada siapa yang berani tinggal di situ, sehinggalah Kishida berpindah ke dalam rumah itu tanpa perlu upacara menghalau hantu.

Noda dahulu pernah menyindir menteri menteri di hadapan media, dengan menyatakan bahawa: “Parlimen lebih banyak hantu dan menyeramkan daripada rumah saya tinggal sekarang.”

Baca yang lain