Ianya mungkin satu berita yang agak dramatik bagi sesetengah peminat. Namun sebenarnya di La Liga, Barcelona dan Real Madrid merupakan 2 ‘produk’ utama liga tersebut.
Dan La Liga memberikan beberapa keistimewaan kepada kedua dua kelab itu. Contohnya dari segi pengendalian hak tv dan juga susunan jadual melibatkan el clasico yang akan menjadi keutamaan.
Suara Real Madrid dan Barcelona di La Liga sangat kuat. Anda bayangkan La Liga tanpa Real Madrid atau Barcelona, atau tanpa el clasico?
Di sebalik kebencian antara kedua dua kelab dari segi perseteruan, terjalin semangat persahabatan yang sukar dijelaskan.
Oleh sebab itu, dalam isu Liga Super Eropah yang kontroversi musim lalu, kedua dua pasukan sentiasa di pihak yang sama.
Malah kekal menjadi 2 daripada 3 pasukan yang berada dalam gagasan Liga Super Eropah selain Juventus.
Terbaru, Florentino Perez dan Laporta mencapai kesepakatan untuk menyokong antara satu sama lain sehingga 2021.
Kerjasama itu dibuat selepas Perez melihat Laporta seolah olah dilayan secara tidak adil oleh La Liga dalam isu Lionel Messi.
Sebelum ini La Liga membenarkan Barcelona mendapatkan pemain baharu, dan kemudian menyekat semula kelab itu daripada mendaftarkan pemain.
Laporta menyatakan sebelum ini bahawa La Liga memberikan kebenaran untuk mereka mendapatkan pemain ejen bebas.
Namun kemudian dikenakan sekatan sekali lagi. Malah ditarik balik pendaftaran Gavi di dalam pasukan utama.
Barca berusaha untuk mendapatkan semula Messi yang akan menjadi ejen bebas. Dengan rundingan sudah pun dimulakan dengan pemain itu.
Namun La Liga kemudian memberikan amaran kepada Barca bahawa adalah mustahil untuk mereka mendaftarkan Messi.
Barcelona merasakan bahawa La Liga sengaja menyusahkan mereka.
Dan Perez menyatakan sokongan kepada perjuangan Laporta. Sokongan ini tidak ada kaitan dengan isu Negreira. Di mana Real Madrid sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka meminta siasatan adil dijalankan.
Sebaliknya sokongan ini dibuat berkaitan dengan isu Messi.
❗Laporta and Florentino Pérez had reached an agreement in 2021 to support each other, but everything changed when Laporta became interested in signing Leo Messi back. The relationship between Laporta and Pérez was not affected by the Negreira case, but by Messi.
— @JoanFontes pic.twitter.com/tcPyjFQzRD
— Barça Universal (@BarcaUniversal) April 5, 2023
Ia pastinya bukan perkara yang disenangi oleh Tebas. Di mana sejak akhir akhir ini, dia seringkali menjadi individu yang dikecam oleh kedua dua kelab. Ditambah hakikat bahawa Barca dan Real Madrid mempunyai pengaruh sangat kuat.