Real Madrid masih lagi berperang dengan La Liga. Bermula daripada perang tentang ESL sehinggalah yang terbaru isu tajaan oleh CVC yang menurut Real Madrid, dibuat La Liga tanpa berbincang dengan Real dan Barca, selaku dua kelab terbesar di Sepanyol.
Real Madrid sebelum ini sudah menyatakan bahawa mereka akan mengheret La Liga dan UEFA ke mahkamah kerana melarang dan mengugut pasukan lain bertanding dalam ESL.
Florentino Perez masih yakin bahawa projek ESL akan terus berjalan. Ianya penting kerana Real Madrid dan Barcelona masing masing berdepan dengan masalah kewangan yang agak teruk ketika ini.
Kedua dua kelab juga hilang daya penarik selepas ketiadaan Ronaldo dan Messi dalam pasukan masing masing.
Barcelona, Real Madrid dan Juventus sebelum ini meraikan kemenangan mereka di mahkamah Sepanyol. Ianya selepas mahkamah Sepanyol memutuskan untuk tidak menentang penubuhan Liga Super Eropah (ESL).
ESL sebelum ini gagal untuk dilaksanakan selepas 9 daripada 12 pengasasnya menarik diri pada April. Ini termasuk enam pasukan EPL, Atletico Madrid, AC Milan, dan Inter Milan.
Perez: UEFA kaki ugut
Real Madrid menuduh UEFA sebagai kaki ugut dan mengamalkan dasar monopoli melampau. Ianya selepas UEFA dan FIFA mengancam akan mengambil tindakan berat ke atas mana mana pasukan yang meneruskan ESL.
Florentino Perez mengetuai gagasan ESL yang masih tinggal iaitu Real, Barca dan Juventus telah membawa kes itu kepada mahkamah perusahaan di Madrid. Ini selepas UEFA mengenakan tindakan ke atas kesemua pasukan termasuk 9 pasukan yang sudah menarik diri sebelum ini.
Dalam kenyataan bersama tiga kelab tersebut, mereka menyatakan bahawa ESL memenangi pusingan pertama di mahkamah Sepanyol.
“Kami ada tugas untuk membangkitkan isu serius yang sedang dihadapi oleh bola sepak: UEFA telah mengukuhkan dirinya sebagai penyelia tunggal, operator yang eksklusif serta pemilikan unik kepada hak cipta bola sepak Eropah.”
“Kedudukan monopolistik, dalam conflict of interest, sedang merosakkan bola sepak dan keseimbangan persaingan.”
“Ianya seperti yang ditunjukkan menerusi bukti yang sangat banyak, kawalan kewangan yang tidak terurus dan mereka tidak mengendalikan bola sepak sebaiknya.”
“Kelab kelab yang bersaing dalam pernatingan Eropah ada hak untuk mengadakan pertandingan mereka sendiri.”
“Kami berbesar hati kerana kami tidak lagi tertakluk kepada ugutan UEFA. Misi kami adalah untuk terus membangunkan projek Liga Super dalam bentuk lebih terurus dan kerjasama semua pihak. Sentiasa menganggap bola sepak itu milik penyokong, pemain, jurulatih, kelan, liga serta negara dan FA kebangsaan.”
“Kami juga sedar bahawa ada beberapa elemen dalam kertas cadangan kami harus disemak semula dan sudah tentunya, ia perlu diperbaiki menerusi dialog dan konsensus. Kami masih yakin kejayaan projek ini akan sentiasa berdasarkan perundangan EU.”
Real Madrid: La Liga tak bijak
Seterusnya, sebelum musim bermula, Real Madrid membantah perjanjian dengan CVC walaupun ianya sangat mewah. Menurut Real Madrid, La Liga telah menunjukkan kedangkalan mereka dalam perjanjian tersebut.
Dalam kenyataannya, Real berkata: “Merujuk kepada kontrak yang dipersetujui tanpa penglibatan Real Madrid dan La Liga secara membuta tuli membenarnakn buat pertama kalinya, kita semua akan memiliki akses sangat terhada kepada terma dan syarat.”
“Kelab kelab telah tertakluk kepada hak pemilkan audiovisual eksklusif untuk komersial dalam pertandingan ini untuk 3 tahun. Perjanjian ini menggunakan struktur mengelirukan, mengambil alih dari kelab 10.95% hak audiovisual mereka selama 50 tahun dan melanggar undang-undang.”
“Rundingan telah dilakukan tanpa proses yang kompetitif dan keadaan ekonomi yang dipersetujui dengan dana CVC memberikan pulangan lebih dari 20% setahun. Ia adalah dana oportunistik yang sama yang tidak berjaya setelah mencuba perjanjian serupa dengan liga Itali dan Jerman.”
“Real Madrid tidak boleh menyokong operasi yang memberikan pelabur mengawal masa depan 42 kelab Divisyen Pertama dan Kedua dan masa depan kelab yang akan layak dalam 50 tahun ini.”
“Real Madrid akan mengadakan mesyuarat rakan-rakan kompromi untuk membincangkan perjanjian dan kerugian besar yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah 119 tahun kita serta impak daripada perjanjian tersebut.”
Real Madrid turut mengancam mahu mengambil tindakan saman ke atas presiden La Liga kerana perkara tersebut. Ini kerana menurut Real Madrid, Tebas telah melakukan kesalahan jenayah penindasan dengan perjanjian tersebut.
Real Madrid have confirmed the club is pressing criminal charges against La Liga President Javier Tebas due to the CVC fund agreement pic.twitter.com/8pG3p31XrF
— FootballJOE (@FootballJOE) August 10, 2021
Real Madrid ke EPL?
Mundo Deportivo melaporkan Real Madrid mengancam akan meninggalkan La Liga. Mereka malah serius mempertimbangkan untuk menyertai liga lain termasuk Serie A, EPL atau Bundesliga.
Namun laporan itu sudah disahkan sebagai tidak berasas oleh Real Madrid.
OFFICIAL: Real Madrid have put out a statement denying reports they are considering a switch from LaLiga to the Premier League.
"This information is completely false, absurd and impossible and it only intends to disturb, once more, the day to day of our club."
— Squawka News (@SquawkaNews) August 14, 2021
Namun itu tidak mengubah hakikat bahawa Florentino Perez sudah hilang kepercayaan kepada Javier Tebas dan mendesak pengurusan La Liga supaya lebih bijak.
Perez memang seringkali mengagumi EPL kerana liga itu lebih popular dan memberikan pulangan lebih lumayan.
Perez sentiasa mengagumi bagaimana pengurusan EPL mempromosi liga mereka ke seluruh dunia berbanding dengan La Liga.
La Liga sebelum ini malah gagal mendapatkan kontrak lebih besar walaupun dalam dekad lalu, banyak sekali juara Eropah dari Sepanyol terutama sekali dalam UCL dan UEL serta di peringkat antarabangsa.
Selain itu, La Liga juga pernah ada Messi, Ronaldo dan Neymar berada dalam satu liga. Tetapi dari segi kuasa komersial, liga tersebut jauh di belakang EPL.
Information 🎙️|
"Real Madrid understands that Javier Tebas has committed a crime of unfair administration"
"If there is no agreement with the CVC fund anytime during the agreement, the clubs that have spent the money will have to return it"
[@roca_toni | OndaCero]
— Real Madrid Info ³⁴ (@RMadridInfo) August 10, 2021