Perez Mahu Pancing Garnacho Guna Taktik Dia Dapatkan CR7 Dulu

Florentino Perez mahu mendapatkan Alejandro Garnacho dengan menggunakan taktik yang sama dia gunakan ketika memujuk Cristiano Ronaldo satu ketika dahulu.

Oleh itu, Perez sedia bercakap sendiri dengan Garnacho untuk memujuk pemain itu menyertai Real Madrid.

CR7 menyertai Real Madrid pada 2009 dari Man United dengan rekod dunia pada masa itu yang bernilai £80 juta.

Pemenang 5 Ballon d’Or itu meninggalkan Real Madrid sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab itu pada 2018.

Sejak pemergian Abang Do, Real Madrid telah mengubah polisi perpindahan mereka dengan mencari bakat prospek yang bagus untuk digilap berbanding membeli superstar yang sudah stabil namanya.

Selain daripada langkah untuk jangka panjang ia juga membantu kewangan kelab dalam usaha mereka membangunkan semula Bernabeu.

Antara pemain muda yang mereka tandatangani di bawah polisi ini termasuk Vini Jr, Rodrygo, Jude Bellingham, Eduardo Camavingam, Aurelien Tchouamini, Arda Guler dan Endrick.

Kini Perez mahu menggunakan kuasanya untuk membawa Alejandro Garnacho. Bermakna dia tidak perlukan persetujuan Ancelotti, dia nak bawa masuk pemain pilihan dia sendiri.

Sebagaimana dia membawa masuk pemain seperti Vini Jr dan Rodrygo sebelum ini. Dan kemudian dia juga sedang berusaha membawa masuk Kylian Mbappe.

Pemain berusia 19 tahun, Garnacho terus meningkat naik di bawah Erik Ten Hag. Dan menjadi pemain muda yang paling banyak minit di bawah ETH.

Terbaru Garnacho cemerlang membantu United menyingkirkan Liverpool dari Piala FA Inggeris. Setakat ini Garnacho sudah mencetak 7 gol dan 4 assist untuk Man United.

Dia juga sudah dipanggil oleh skuad kebangsaan Argentina dan sempat merasa dibentes oleh Asnawi Mangkualam.

Perez akan berada di Manchester untuk aksi UCL antara Man City dan Real Madrid pada bulan depan.

Dia dikatakan mahu bercakap sendiri dengan Garnacho tentang potensi membawa masuk pemain itu ke kota Madrid.

Taktik sama dia gunakan ketika memancing Ronaldo satu ketika dahulu. Di mana dia akan membentangkan projek menarik buat pemain muda tersebut dan menyerahkan kepada pemain untuk menentukan.

Sir Alex Ferguson anggap tindakan Perez masa itu sebagai pintu belakang dan pembulian. Alex Ferguson tidak suka dengan Real Madrid yang seringkali membuli kelab lain di jendela perpindahan termasuk kelab kelab England.

Garnacho yang merupakan peminat tegar CR7 dijangka akan tertarik mahu mengikut jejak langkah idolanya itu berpindah ke Real Madrid.

Ronaldo pernah meminta untuk dijual ke Real Madrid. Namun Man United enggan melakukannya membuatkan Ronaldo mengadu kepada FIFA menyatakan bahawa dia dijadikan seperti hamba, tidak boleh memilih kelab yang dia mahu wakili. Dia peminat Real Madrid dari kecil.

Musim berikutnya, Sir Alex Ferguson akhirnya akur dan melepaskan Ronaldo ke Real Madrid atas dasar ‘semangat kekeluargaan’ yang ada di antara mereka.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan