Perez: UEFA Memang Kaki Ugut, Tak Transparen, Mana Boleh Nak Tendang Orang Sesuka Hati

Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang juga ketua kepada ESL, menyatakan bahawa kenyataan UEFA dan FIFA mahu melarang 12 pasukan dan pemain yang terlibat dalam ESL – daripada kejohanan domestik, eropah dan antarabangsa – hanyalah ugutan kosong.

Perez malah menyatakan ESL diwujudkan untuk menyelamatkan bola sepak dunia yang semakin membarah.

Perez berkata: “Bola sepak itu harus sentiasa berubah dan berevolusi mengikut masa. Sekarang ni semakin ramai hilang minat kepada bola sepak. Sesuatu harus dilakukan.”

“Bola sepak satu satunya sukan yang global. Syarikat penyiaran harus mengubah masa penyiarannya untuk sesuai dengan masa. Kita harus memikirkan bahawa kenapa generasi berusia 16-24 tahun sekarang tidak lagi berminat dengan bola sepak.”

“Sebab tiada perlawanan yang berkualiti. Dan ada platform hiburan yang lain. Bola sepak itu harus berubah ya tuan tuan.”

“Sekumpulan kelab daripada beberapa negara Eropah mahu melakukan sesuatu untuk menjadikan sukan ini lebih menarik di seluruh dunia.

Baru baru ini, perwakilan UEFA menyatakan bahawa Manchester City, Chelsea dan Real Madrid bakal disingkirkan daripada separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.

Pada masa yang sama kesemua pasukan yang terlibat dengan ESL akan dilarang bermain di kejohanan domestik, UCL, UEL, Euro dan Piala Dunia.

Perez berkata: “Ada beberapa ancaman daripada seseorang yang keliru berkenaan apa itu monopoli, apa itu harta.”

“Madrid tak akan ditendang dari UCL, sudah tentu sekali tidak, begitu juga City dan yang lain.”

“Mana mana pemain harus sangat tenang masa ni, sebab perkara perkara seperti itu tak akan berlaku. Kita dilindungi undang undang kot. Mustahil benda macam ni boleh berlaku” kata Perez kepada El Chiringuito.

UEFA kaki ugut

Perez kemudian menyindir UEFA sebagai organisasi yang memang sudah rosak imejnya dan terkenal dengan sikapnya suka mengugut orang yang tak sehaluan dengan mereka.

Sedangkan mereka sendiri berbentuk satu monopoli dan tidak telus.

“Uefa ini satu monopoli dan ianya harus transparen. Uefa tidak ada imej yang bagus dalam sejarahnya. Sepatutnya perkara ini dibincangkan dalam dialog terbuka bukan ugut mengugut macam ni.”

“Kita nak selamatkan bola sepak untuk 20 tahun akan datang, dalam masa masa yang getir ini. Jika kamu menang [UCL] kamu cuma menerima EUR120 ke EUR130 juta je dari UEFA ni. Dengan Superleague, kamu dapat lebih banyak.”