Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April

Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melanjutkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April.

Ianya dua minggu lebih daripada tarikh yang diumumkan sebelum ini. Di mana pada sebelum ini kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan selama seminggu yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac ini.

Tetapi ia terpaksa dilanjutkan atas faktor faktor tertentu yang diambil kira.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Beliau juga menyatakan bahawa makluman lebih awal tentang lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat supaya rakyat lebih bersedia.

Perdana Menteri menyatakan, kerajaan sudah mendengar nasihat dan taklimat daripada
Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara.

Di mana mereka memaklumkan bahawa trend semasa menunjukkan kes positif Covid-19 yang baharu masih lagi berlaku di negara kita.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusannya dari Putrajaya menegaskan:

“Trend ini dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

“(Jadi) Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.”

“Pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka sehingga sekarang.”

“Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak mengurusnya.”

Tan Sri Muhyiddin juga mengingatkan agar Perintah Kawalan Pergerakan ini harus dipatuhi. Jika tidak ianya akan menjadi sia sia.

Malah Tan Sri Muhyiddin Yassin faham, ramai yang tidak selesa terperap sahaja di rumah, dan melihat ramai yang kreatif mencipta aktiviti di dalam rumah.

Apa yang pasti Perintah Kawalan Pergerakan ini terpaksa diambil demi untuk mengekang wabak Koronavirus ataupun COVID-19 yang terus menular di negara kita.

Wabak Koronavirus merupakan wabak yang bermula dari Wuhan, China. Ianya telah menjadi wabak ancaman kepada global.

Banyak negara lockdown kerana wabak ini seperti di Itali yang terjejas teruk kerana Covid-19.

Ayuh kita bersama sama memainkan peranan kita dalam membantu mengekang penularan wabak Koronavirus ini.

Ini masa yang sukar untuk semua orang terutama sekali mereka yang terjejas teruk pendapatan kerana COVID-19.

Semoga dunia akan dapat menentang wabak Covid-19 ini secepat mungkin.

Baca yang lain