Perintah Lockdown, Orang Panik Beli Keperluan, Namun Di Belanda Beratur Beli Ganja

Ketika ini, di Eropah banyak negara sudah mengarahkan perintah lockdown. Dan meminta rakyat mereka berkurung.

Ini kerana kerisauan ke atas koronavirus. Perintah Lockdown itu turut diumumkan di Belanda.

Di kala negara lain, rakyatnya panik membeli keperluan lain di pasaraya. Ini termasuk membeli topeng muka, sanitizer, makanan segera dan juga bekalan makanan.

Perintah berkurung ini membuatkan manusia duduk di rumah. Di Itali mereka ada cara tersendiri untuk menghilangkan rasa bosan.

Misalnya di Sienna, satu kejiranan menyanyi beramai ramai menerusi celahan tingkap mereka.

Namun di Belanda adalah berbeza. Lockdown itu membawa maksud kepada putus stok untuk segelintir masyarakat mereka.

Mereka tak peduli dengan benda lain termasuk stok makanan dan sebagainya.

Malah mereka beratur untuk membeli ganja, sebelum perintah lockdown dikuatkuasa. Kerana selepas ini, kawasan tersebut akan ditutup.

Mereka beratur di Red Light District untuk mendapatkan bekalan sepanjang mereka di lockdown selepas ini.

https://twitter.com/i/status/1239239961288851456

Red Light District merupakan satu kawasan pelacuran dan tempat menghisap ganja yang sah di Belanda.

Semalam kerajaan Belanda mengumumkan bahawa kawasan tersebut bakal ditutup sementara.

Ini bagi mengelakkan penularan koronavirus di kawasan yang menjadi tumpuan ramai. Ianya sejajar dengan dasar lockdown oleh Belanda.

Kerajaan Belanda mengarahkan kesemua restoran, sekolah, kafe ditutup sehingga 6 April.

Ini melibatkan kesemua bar yang menjual dadah ringan dan ganja, serta kelab tarian erotik.

Lockdown akan bermula pada pukul 6 petang, Ahad  – 16 Mac 2020.

Ramai juga pelancong yang sempat melanggan pelacur dengan tawaran khas sebelum lockdown. Adoi.

The Casa Rosso, Peepshow, Banana Bar dan Erotic Museum di antara pusat hiburan dewasa yang terkesan dengan penutupan itu.

Namun pengurusan mereka tetap menghormati larangan itu. Otten Groep, tauke kepada salah sebuah kelab dewasa ini berkata: “Atas sebab kesihatan staf dan pelangan, maka kami pengurusan merasakan, adalah tidak bertanggungjawab untuk terus membuka operasi.”

Sehingga Ahad, di Belanda berlaku peningkatan mendadah, dari 176 kepada 1,135 kes koronaovirus dilaporkan dengan 20 kematian sudah tercatat kerananya.

Dasar dadah di Belanda

Di Belanda, mereka memang ada peraturan khas untuk penjualan ganja.

Belanda dianggap menjadi negara yang sangat toleran terhadap penggunaan ganja berdasarkan kawalan yang ketat.

Namun itu bukan bermakna, rakyatnya boleh kecanduan yang melampau ataupun keras termasuk mengambil dadah seperti heroin, kokain, amfetamin, LSD dan ekstasi.

Pengguna ganja hanya dibenarkan membeli ganja di tempat yang legal / sah yang disebut coffeeshop.

Ianya tertakluk kepada peraturan penggunaan ganja yang dikuatkuasakan pada Januari 2013 menyatakan bahwa pengunjung dari coffeeshop haruslah warga negara Belanda.

Tetapi peraturan ini hanya diterapkan di Zeeland, Brabant Utara dan Limburg setelah mendapat banyak kritikan.

Penggunaan dadah ringan dan untuk penggunaan peribadi adalah dihadkan kepada jumlah tertentu.

Hanya 5 gram ganja atau 5 tanaman ganja sahaja yang diperbolehkan. Jika ada yang terbukti menyimpan ganja melebihi had minima, maka mereka boleh dipenjara.