Perisai Johan Cruyff: Ajax Lunyai Dibelasah PSV, Bergwijn Anggap Keputusan β€˜Najis’

Ajax memulakan musim pertama mereka tanpa Erik Ten Hag dengan menjadi mangsa belasahan PSV.

Di mana pasukan PSV yang merupakan musuh ketat Ajax menang bergaya 5-3 dalam aksi Perisai Johan Cruyff.

Steven Bergwijn melakukan debut untuk Ajax berdepan dengan kelab lamanya. Dan dia merupakan pemain yang menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-15 menerusi percubaan cantik ke top corner.

Ajax mendominasi awal perlawanan. Namun pada minit ke-32, Guus Til mengatasi Owen Wijndal untuk memasukkan hantaran lintang Cody Gakpo.

Sebelum rehat, gandingan kedua dua pemain sekali lagi merobek gawang Ajax. Skrip yang sama, Gakpo melakukan hantaran lintang, dan Guus Til melakukan tandukan masuk.

Ajax bernasib baik untuk tidak menamatkan separuh masa dengan 10 pemain selepas Edson Alvarez terlepas hukuman kad merah, sebaik sahaja dia menyiku Guus Til.

Pada awal separuh masa kedua, Dennis Higler dimaklumkan oleh VAR untuk menyemak kekasaran ke atas Johan Bakayoko oleh Owen Wijndal. Sekali lagi pemain Ajax terlepas kad merah.

Selepas mengelak kad merah, Wijndal mencipta peluang gol untuk disudahkan pemain yang diletakkan Ajax nilai EUR100 juta iaitu Antony.

Malangnya, Ajax sekali lagi di belakang pada minit ke-65. Gakpo menghukum kesilapan bodoh daripada Jay Gorter.

4 minit kemudian, bekas pemain Barcelona, Luuk De Jong mencipta peluang gol untuk disudahkan Guus Til, sekaligus melengkapkan hatriknya.

Tersentak dengan ketinggalan 2-4 di belakang, Mohammed Kudus segera merapatkan kembali jurang gol.

Ajax terus berusaha untuk mencari gol penyamaan. Malangnya pemain gantian, Calvin Bassey yang baru masuk minit ke-60, telah dibuang padang pada minit ke-78 dengan kad merah terus sebab mengasari Ismael Saibari.

PSV menggunakan kelebihan seorang pemain dengan sebaik mungkin. Bekas bintang Barcelona, Xavi Simons kemudian menggelecek penjaga gol untuk gol kelima PSV.

PSV berjaya merangkul trofi pertama mereka musim ini. Dan akan berdepan dengan AS Monaco dalam aksi kelayakan UCL pada pertengahan minggu ini.

Ajax pula menantikan aksi minggu hadapan sebagai aksi untuk mereka bangkit daripada kekalahan ini.

Ajax jelas sekali merasai kehilangan Lisandro Martinez dan juga pengurus Erik Ten Hag.

Selepas tamat perlawanan, Bergwijn memberikan penilaian jujurnya:

β€œSaya sangat gembira dapat bermain 90 minit sekali lagi. Tetapi keputusan ini adalah tahik.”

Β 

Baca yang lain