Perisai Komuniti: Liverpool Tewaskan City 3-1, Darwin Nunez Skor Masa Kecederaan

Liverpool dan Manchester City bertemu dalam perebutan Perisai Komuniti. Acara tradisi yang menandakan bahawa seminggu lagi akan bermulalah musim sebenar Liga Inggeris.

Aksi kali ini berlangsung di Stadium King Power, Leicester. Di mana peminat City menyewa jet untuk mengalu alukan kedatangan Erling Haaland.

Berikut adalah set up kesebelasan utama kedua dua pasukan:

Liverpool (4-1-2-3) Adrian; Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Robertson; Fabinho; Henderson, Thiago; Salah, Firmino, Diaz.
Substitutes: Davies, Gomez, Konate, Milner, Keita, Jones, Elliott, Nunez, Carvalho.

Manchester City (4-1-2-3) Ederson; Walker, Dias, Ake, Cancelo; Rodri; De Bruyne, Bernardo; Mahrez, Haaland, Grealish.
Substitutes: Ortega Moreno, Phillips, Stones, Gundogan, Alvarez, Foden, Mbete, Palmer, Wilson-Esbrand.

Separuh masa pertama

Liverpool memulakan perlawanan dengan tempo lebih tinggi. Di mana mereka mencipta beberapa peluang pada awal 10 minit perlawanan.

Mohamed Salah melakukan percubaan yang menuju ke tepi jaring dalam kedudukan beliau berpeluang menjaringkan gol.

Kemudian Salah datang lagi pada minit ke-19 dengan percubaan yang ditepis oleh Ederson. Ianya goal saving daripada Ederson yang kemudian Luis Diaz agak terlajak untuk menjaringkan gol.

Pada minit ke-21, Liverpool akhirnya di hadapan menerusi Trent Alexander Arnold. Liverpool memaksa pertahanan City membuka ruang dengan hantaran yang bertukar arah. Mohamed Salah kemudian melakukan lorongan cantik yang terus disambar Trent Alexander Arnold untuk gol pertama.

Ianya percubaan yang memang tak dapat diselamatkan:

Manchester City cuba memberikan respon. Dengan Erling Haaland menerima bola dalam kotak penalti tetapi dipintas Virgil Van Dijk.

Liverpool seterusnya melakukan 2 serangan balas yang bahaya. Namun gagal disudahkan.

Pada minit ke-31, Riyad Mahrez dalam kedudukan terbaik menyamakan kedudukan tetapi dia dalam kedudukan ofsaid. Dan percubaan itu juga diselamatkan Adrian San Miguel.

Pada minit ke-34, Erling Haaland memiliki 2 peluang keemasan. Malangnya dia gagal menyempurnakannya. Kedua duanya dari jarak dekat. Jelas sekali Haaland tidak gembira dengan prestasinya setakat 35 minit pertama di King Power Stadium.

Manchester City kemudian lebih dominan mengasak bertubi tubi ke kubu Liverpool. Joel Matip dipaksa bekerja keras memintas hantara Joao Cancelo. Riyad Mahrez cuba mengancam pertahanan Liverpool dengan kelincahannya tetapi percubaannya diselamatkan Adrian.

Separuh masa pertama menyaksikan Liverpool berjaya mempertahankan kedudukan 1-0.

Separuh masa kedua

Hanya selepas seminit separuh masa kedua bermuna, Riyad Mahrez sudah menguji Adrian dengan percubaan jarak dekat. Sekali lagi penjaga gol ketiga Liverpool itu cemerlang, menarfikannya.

Liverpool bertindak balas sekali lagi dengan melakukan serangan menerusi Mohamed Salah. Tetapi masih juga tiada gol terhasil dari kaki pemain antarabangsa Mesir itu.

Manchester City akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Julian Alvarez yang melakukan susulan mudah selepas bola termuntah dari Adrian.

Liverpool bagaimanapun kembali di hadapan menerusi penalti Mohamed Salah. Ianya selepas Ruben Dias menampan bola menggunakan tangannya.

Seterusnya Liverpool mengukuhkan lagi kejuaraan Piala Perisai Komuniti dengan gol Darwin Nunez pada minit masa kecederaan.

Liverpool rasminya bergelar juara Perisai Komuniti. Dan ianya gelaran terakhir yang belum pernah dimenangi Klopp setakat ini.

Baca yang lain