Peristiwa 24 Februari: Pertama Kali Dalam Sejarah Malaysia

Bingkisan sejarah dalam negara Malaysia yang pernah berlaku pada 24 Februari. Semalam kita semua sedia maklum tentang kemelut politik yang berlaku dalam negara kita, iaitu pembubaran kabinet menteri buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia.

Selain itu, peletakan jawatan Perdana Menteri dalam tempoh yang paling singkat memerintah. Malah kerajaan Pakatan Harapan juga merupakan tempoh pembentukkan kerajaan yang paling singkat dalam sejarah negara. Pelantikan Perdana Menteri Interim juga merupakan pertama kali dalam sejarah Malaysia.

Tun M meletak jawatan sebagai PM dan Presiden PPBM, kemudian dilantik semula menjadi PM interim

Perkara itu telah menarik perhatian dunia, terhadap situasi semasa yang sedang berlaku di dalam negara kita. Tetapi bukan peristiwa ini yang ingin kami tekankan.

Selain daripada peristiwa 24 Februari 2020, ada peristiwa bersejarah lain yang pernah berlaku dalam negara kita pada hari dan tarikh yang sama. Malah merupakan peristiwa pertama dan sangat penting dalam sejarah pembentukkan negara.

Persidangan Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu

Pada 24 Februari dalam tahun 1948, Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan persidangan pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Persidangan yang bersejarah dalam sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Inggeris Sir Edward Gent dengan bersaksikan oleh para jemputan khas.

Turut sama-sama menyaksikan pertiwa bersejarah ini adalah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tanah Jajajah, Lord Listowel.

Lord Listowell Menteri Negeri bagi Hal Ehwal Tanah Jajahan

Pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan ini termaktub dalam Bahagian Empat, Perlembagaan Persekutuan. Bahagian tersebut menerangkan bahawa ahli majlis itu mestilah terdiri dari Pesuruhjaya Inggeris sebagai Presiden dan 3 orang Ex-Officio iaitu Ketua Setiusaha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara. Selain itu ia menyebut tentang 11 orang ahli rasmi dan 34 orang ahli tidak rasmi.

Kesemua ahli-ahli ini mestilah warganegara Persekutuan Tanah Melayu ataupun rakyat British kecuali Ex-Officio. Pada tahun 1948, terdapat 28 orang wakil Melayu termasuk semua Menteri Besar, bangsa Cina mempunyai 14 orang wakil dan bangsa India 6 orang wakil. Selain itu, terdapat 14 orang ahli rasmi yang berbangsa Eropah.

Sir Edward Gent

Sebelum persidangan yang pertama ini dimulakan, wakil-wakil dari setiap kaum diberi peluang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Setiausaha Negara A.T Newboult menjadi orang pertama yang berucap diikuti Dato’ Onn Jaafar bagi wakil orang Melayu, Dr. Ong Chong Keng wakil bangsa cina dan S.B Palma bagi wakil bangsa India.

Ucapan Dato’ Onn Jaafar

Dalam ucapan Dato’ Onn Jaafar, beliau menegaskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak mahu lagi melihat campurtangan dari kuasa luar di dalam hal ehwal negara. Malah beliau memberitahu tentang kesediaan warga Persekutuan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri.

Dato Onn Jaafar Mewakili Bangsa Melayu

Kemudian, bersambung dengan ucapan Lord Listowel selaku wakil dari Raja Inggeris dan Tuan Presiden Sir Edward Gent.

Wakil dari kalangan bangsa Cina dan India juga menjelaskan bahawa rakyat berbangsa Cina dan India akan menunjukka taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Selepas ucapan alu-aluan itu, ahli-ahli Dewan Perundangan Perundangan telah melakukan acara mengangkat sumpah.

Dalam Persidangan Dewan Perundangan Persekutuan yang pertama ini beberapa jawatankuasa kecil telah dibentuk bagi meneliti Rang Undang-undang yang baharu.

Jawatankuasa tersebut adalah :-
i) Standing Committee on Finance
ii) Komiti Pemilihan
iii) Komiti Keistimewaan

Persidangan yang pertama ini juga telah meluluskan beberapa Rang Undang-undang. Antaranya adalah, Rang Undang-undang Perbandaran Kuala Lumpur, Rang Undang-undang Pemindahan Kuasa dan Rang Undang-undang Peminjaman dan Hutang.

Keratan Akhbar mengenai Persidangan Perundangan Tanah Melayu pada 24 Februari 1948 di Dewan Tuanku Abdul Rahman

Selain itu, wakil-wakil tidak rasmi yang baru sahaja menyertai Dewan Perundangan Persekutuan diberi peluang untuk untuk berbahas dan melontarkan pendapat mereka. Wakil-wakil ini telah menunjukan kebolehan yang sangat bai dalam perbahasan persidangan yang pertama dalam sejarah negara ini.

Dengan cara inilah pihak kerajaan Inggeris membimbing warganegara Persekutuan Tanah Melayu kearah berkerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan.

Sumber rujukan :

1. Arkib Negara Malaysia
2. The Malay Mail, 24 Februari 1948
3. UMNO 10 tahun 1946-1956

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi