Peristiwa Ini Menjadi Titik Tolak Kepada Kelegendaan Usain Bolt

Usain Bolt merupakan pelari pecut 100 m legenda. Dan buat masa ini, catatan rekod dunia beliau masih belum dapat dipecahkan lagi oleh mana-mana pelumba lain.

Selain daripada pemenang 8 pingat Olimpik, Usain Bolt juga merupakan juara dunia 11 kali dalam Kejohanan Olahraga Dunia.

Seterusnya, beliau bukan sahaja pemegang rekod acara 100m, tetapi turut merupakan pemegang rekod dunia dalam 200m dan 4×100 m relay untuk Jamaica.

13 tahun kariernya seolah olah tidak mampu disaingi. Beliau terlalu dominan dan mengukuhkan namanya sebagai pelari pecut terbaik sepanjang zaman.

Jika di lapangan tenis ada Fedex-Nadal, di lapangan bola sepak ada Ronaldo-Messi, antara perseteruan unggul dalam generasi Bolt, tetapi di lapangan balapan, Bolt seolah olah berlari sendiri tanpa ada seteru yang konsisten memberikan persaingan kepadanya.

Bolt adalah perlari yang lengkap. Memiliki kawalan penafasan, stamina dan kekuatan fizikal yang sangat kuat.

Namun pernah tak korang tahu kisah hidup Usain Bolt sebelum menempa kejayaan di pentas dunia?

Kisah awal Usain Bolt mulai jatuh cinta dengan balapan

Segalanya bermula pada usianya 12 tahun, apabila Usain Bolt berlumba dengan rakan baik sekolahnya Ricardo Gedes.

Mereka berlumba untuk mendapatkat hadiah daripada paderi. Ketika itu mereka belajar di Sekolah Menengah William Knibb Memorial, Trelawny, Jamaica.

Pada suatu hari, paderi yang juga guru mereka itu berkata: “Siapa yang menang, saya akan belanja dia makan tengah hari.”

Perlumbaan itu dimenangi oleh Usain Bolt.

Sebenarnya, hadiah makan itu bukanlah perkara yang sangat penting. Tetapi perlumbaan itu telah menjadi titik tolak kepada minat Usain Bolt dalam acara pecut.

Bolt mulai merasakan dia adalah pelari yang laju. Beliau menjadi seronok dan mulai berlari ke sana ke mari.

Beliau tidak menoleh ke belakang lagi sejak hari itu. Malah perlumbaan tersebut juga didokumentasikan dalam animasi ‘The Boy who learned to fly’ oleh Gatorade.

Usain Bolt mulai membuatkan mata dunia mulai tertumpu ke arahnya seawal usia 15 tahun lagi. Di mana ketika itu beliau menyertai Kejohanan Dunia Junir 2002 di tanah kelahirannya Kingston.

Usain Bolt menjadi pelumba paling muda dalam sejarah, berjaya memenangi acara 200m.

2 tahun kemudian beliau memenangi emas acara 200m dalam Kejohanan Dunia Belia di Kanada.

Sebelum jatuh cinta dengan acara balapan, Bolt merupakan kanak-kanak yang suka bermain kriket dan bola sepak.

Namun selepas itu beliau menumpukan sepenuhnya perhatian kepada sukan balapan.

Beliau mendapat latihan fizikal daripada cikgunya, Dwight Barnett di William Knibb Memorial – yang merupakan jurulatih pertamanya.

Bakatnya terus menyerlah dan menjadi juara 100m dan 200m dalam 3 olimpik. Luar biasa!

Korang boleh tonton dokumentari pendek daripada saluran Olimpik di YouTube di bawah ni: