Villarreal mengejutkan pasukan pilihan, Manchester United pada perlawanan akhir UEFA Europa League baru-baru ini menerusi sepakan penalti 11-10 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 tamat 120 minit permainan.
π Congratulations Villarreal! πππ@Eng_Villarreal | #UELfinal pic.twitter.com/1uVHSdwEFw
β UEFA Europa League (@EuropaLeague) May 26, 2021
Jaringan Gerard Moreno pada minit ke-29 dipadam oleh Edinson Cavani menuju sejam perlawanan. Kegagalan David De Gea menyempurnakan sepakan penalti ke-11 United membolehkan Yellow Submarine memenangi kejuaraan besar pertama mereka sepanjang 98 tahun penubuhan kelab.
The #UELfinal π ππ‘ π’π π§ππ π ππ§ππ goes to the brilliant Γtienne Capoue. π
What a performance! πβ½#ItsOurTime pic.twitter.com/ILuUlYR6k3
β Villarreal CF English (@Eng_Villarreal) May 26, 2021
Artikel kali ini penulis ingin memfokuskan mengenai pencapaian pemain terbaik perlawanan, Etienne Capoue mengenai perjalanannya yang memulakan musim di divisyen 2 England sebelum bergelar juara UEL.
Unai Datang Memanggil
Pemain berketinggian 189cm itu memulakan musim 2020/2021 di Vicarage Road bersama Watford di Championship selepas kelabnya disingkirkan dari EPL musim lepas.
Dec 26 2020: Etienne Capoue starts for Watford in the Championship
May 26 2021: Etienne Capoue starts for Villarreal in the #UEL Final
What a difference five months makes. pic.twitter.com/JKavTr1t6n
β William Hill (@WilliamHill) May 26, 2021
Perlawanan terakhirnya bersama Watford datang pada Boxing Day tahun lalu, dalam perlawanan pertama Xisco Munoz sebagai ketua jurulatih, ketika mereka mengalahkan Norwich City 1-0 di tempat sendiri.
Unai Emery yang pada ketika itu memerlukan pemain yang mampu membantu barisan pertahanan Villarreal terus mendapatkan Capoue secara tetap dengan kontrak 30 bulan.
Reaksi Selepas Perlawanan
Menjawab soalan dari Bein Sport:
βSaya telah bekerja keras untuk akhirnya mendapat trofi dalam karier saya dan kami melakukannya dengan pasukan yang hebat. Kami sangat gembira untuk kelab juga kerana kami tidak memenangi apa-apa dan kini kami boleh pulang dengan sebuah piala.β
"I have no words. I can't describe the feelings I have."
This is a great interview from Γtienne Capoue after Villarreal became UEFA Europa League champions.#VILMUN | #UELfinal pic.twitter.com/ZwjhYcK6wk
β Virgin Media Sport (@VMSportIE) May 26, 2021
βRoller coaster, roller coaster,β katanya sambil tersengih.
βIni adalah musim yang sangat sukar bagi saya. Sungguh, sungguh sukar.
βSaya telah melalui beberapa perkara. Sungguh sukar. βTetapi semua berlaku ada hikmah disebaliknya dan saya gembira. Saya sangat bersyukur berada di sini dan menikmati saat ini,β kata bekas pemain Tottenham Hotspurs itu setelah tamat perlawanan.
Mendapat Tempat di Hati Unai
Sejurus menyertai Villarreal, Capoue berjaya menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama beraksi disamping Dani Perejo di bahagian tengah sebagai defensive midfielder.
π @VillarrealCF's Etienne Capoue was sent off whilst on a stretcher against @Arsenal! pic.twitter.com/aEmaoF8bnH
β SPORF (@Sporf) April 29, 2021
Bermain dalam 27 perlawanan dan turut menyumbang 1 gol. Beliau telah digantung perlawanan separuh akhir kedua menentang Arsenal setelah dibuang padang pada pusingan pertama sebelum kembali pada final UEL.
Keluar Spurs Menjamin Trofi?
Musim ini sahaja dapat kita lihat bekas pemain dan pengurus Spurs memenangi trofi bersama kelab baharu mereka.
Christian Eriksen (Inter Milan), Kieran Trippier (Atletico Madrid), Nkoudou (Besiktas) dan Oliver Skipp (Norwich) memenangi liga, Pochettino memenangi Coupe de France bersama PSG dan kini Capoue serta Juan Foyth memenangi UEL bersama Villarreal.
Kyle Walker left Spurs: Won 3rd league title with Man City.
Christian Eriksen left Spurs: Won Serie A with Inter.
Kieran Trippier left Spurs: Won La Liga with Atletico. pic.twitter.com/leLkhgw6ss
β ESPN UK (@ESPNUK) May 22, 2021
Adakah Harry Kane mengambil keputusan tepat untuk meninggalkan Spurs musim hadapan dan mampukah beliau memenangi trofi di kelab baharunya nanti? Menarik untuk disaksikan.