Perjalanan Roller Coaster Capoue Menjadi Juara Eropah

Villarreal mengejutkan pasukan pilihan, Manchester United pada perlawanan akhir UEFA Europa League baru-baru ini menerusi sepakan penalti 11-10 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 tamat 120 minit permainan.

Jaringan Gerard Moreno pada minit ke-29 dipadam oleh Edinson Cavani menuju sejam perlawanan. Kegagalan David De Gea menyempurnakan sepakan penalti ke-11 United membolehkan Yellow Submarine memenangi kejuaraan besar pertama mereka sepanjang 98 tahun penubuhan kelab.

Artikel kali ini penulis ingin memfokuskan mengenai pencapaian pemain terbaik perlawanan, Etienne Capoue mengenai perjalanannya yang memulakan musim di divisyen 2 England sebelum bergelar juara UEL.

Unai Datang Memanggil

Pemain berketinggian 189cm itu memulakan musim 2020/2021 di Vicarage Road bersama Watford di Championship selepas kelabnya disingkirkan dari EPL musim lepas.

Perlawanan terakhirnya bersama Watford datang pada Boxing Day tahun lalu, dalam perlawanan pertama Xisco Munoz sebagai ketua jurulatih, ketika mereka mengalahkan Norwich City 1-0 di tempat sendiri.

Unai Emery yang pada ketika itu memerlukan pemain yang mampu membantu barisan pertahanan Villarreal terus mendapatkan Capoue secara tetap dengan kontrak 30 bulan.

Reaksi Selepas Perlawanan

Menjawab soalan dari Bein Sport:

β€œSaya telah bekerja keras untuk akhirnya mendapat trofi dalam karier saya dan kami melakukannya dengan pasukan yang hebat. Kami sangat gembira untuk kelab juga kerana kami tidak memenangi apa-apa dan kini kami boleh pulang dengan sebuah piala.”

β€œRoller coaster, roller coaster,” katanya sambil tersengih.

β€œIni adalah musim yang sangat sukar bagi saya. Sungguh, sungguh sukar.

β€œSaya telah melalui beberapa perkara. Sungguh sukar. β€œTetapi semua berlaku ada hikmah disebaliknya dan saya gembira. Saya sangat bersyukur berada di sini dan menikmati saat ini,” kata bekas pemain Tottenham Hotspurs itu setelah tamat perlawanan.

Mendapat Tempat di Hati Unai

Sejurus menyertai Villarreal, Capoue berjaya menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama beraksi disamping Dani Perejo di bahagian tengah sebagai defensive midfielder.

Bermain dalam 27 perlawanan dan turut menyumbang 1 gol. Beliau telah digantung perlawanan separuh akhir kedua menentang Arsenal setelah dibuang padang pada pusingan pertama sebelum kembali pada final UEL.

Keluar Spurs Menjamin Trofi?

Musim ini sahaja dapat kita lihat bekas pemain dan pengurus Spurs memenangi trofi bersama kelab baharu mereka.

Christian Eriksen (Inter Milan), Kieran Trippier (Atletico Madrid), Nkoudou (Besiktas) dan Oliver Skipp (Norwich) memenangi liga, Pochettino memenangi Coupe de France bersama PSG dan kini Capoue serta Juan Foyth memenangi UEL bersama Villarreal.

Adakah Harry Kane mengambil keputusan tepat untuk meninggalkan Spurs musim hadapan dan mampukah beliau memenangi trofi di kelab baharunya nanti? Menarik untuk disaksikan.

Baca yang lain