Perjalanan Sedekad Robertson Yang Luar Biasa, Daripada Jantan Pokai Kepada Juara UCL

Sekarang ini ramai yang menyahut cabaran di media sosial untuk memaparkan gambar mereka sedekad yang lalu dan pada 2019.

Ramai juga kawan kawan yang join cabaran ini. Korang ada ikut tak? Di sebalik gambar, masing-masing ada ceritanya.

Perjalanan sedekad Robbo

Namun kisah Andrew Robertson antara yang paling power untuk dikongsikan dan dijadikan inspirasi oleh para anak muda harapan bangsa.

Andy Robertson 10 tahun lalu bermain dengan pasukan liga bawahan di Scotland.

Dan pada 2019 pula, beliau menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bersama Liverpool.

Mengimbas kembali detik kehidupan Robbo yang penuh suka duka. Pada 2012, Andy Robertson yang ketika itu berusia 18 tahun pernah menghantar ciapan tweet menyatakan dirinya tiada wang langsung di dalam sakunya dan memerlukan kerja.

Dan pada masa itu Andrew Robertson bermain untuk pasukan divisyen 3 di Scotland iaitu Queen’s Park.

Beberapa bulan kemudian Andy Robertson bermain di hadapan 242 penyokong di tempat lawan bertemu dengan Annan Athletic dan mereka tewas 2-0.

Selepas aksi bermain untuk Queen’s Park, Andrew Robertson bermain untuk Dundee United.

Dan selepas semusim di sana, beliau kemudiannya dibeli oleh Hull dengan nilai perpindahan £3 juta.

Robertson bermain 3 musim untuk Hull, termasuk 2 musim di EPL. Aksi beliau menarik perhatian Liverpool.

Namun ketika itu ramai yang mempersoalkan pembelian Andy Robertson yang dianggap bukan isyarat kepada perubahan serius dalam pembentukan pasukan.

Liverpool membeli pemain yang bergelut dengan penyingkiran dengan nilai £8 juta.

Ada yang menjangkakan Andy Robertson hanyalah pelan panik untuk mendapatkan pemain back up.

Namun Jurgen Klopp telah membangunkan beliau menjadi bakat elit dalam bola sepak. Memiliki keupayaan bertahan yang bertenaga, bersemangat, mampu mencipta gol dan pailang juga mamat ni.

Beliau berjaya menjadi Kesebelasan Tahunan PFA musim lalu hasil 11 asssist dalam semusim.

Cepat masa berlalu. 7 tahun kemudian, beliau telah mengubah nasib kariernya dengan dramatik sekali. Robertson telah menjadi pemain utama Liverpool.

Beliau menjuarai UCL bersama pasukan Liverpool. Dan tahun yang sama Robbo diberikan kepercayaan menjadi kapten pasukan kebangsaan negarannya.

Robertson juga menjadi antara pemain pertahanan paling tinggi nilainya dalam data CIES.

Selepas menjuarai Liga Juara Juara Eropah, Robbo menjadi pemain penting Liverpool untuk memenangi Piala Super Eropah dan kemudianya Piala Dunia Kelab untuk menekad cabaran sedekad dalam hidup beliau.

Robertson pemain yang sangat disayangi penyokong kerana sentiasa ringan tangan menolong orang memerlukan terutama sekali gelandangan serta mereka yang dalam kesusahan.

Robbo kerap terlibat dalam program bank makanan di sekitar Liverpool.

Selain daripada Robbo, Trent Alexander Arnold turut memuat naik cabaran sedekad beliau.

Daripada pemain akademi kepada pemain yang melalukan sepakan percuma ikonik membantu Liverpool mara ke final UCL, dan menjuarainya di kota Madrid.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan