Chelsea dibawah Roman Avramovic bukanlah sebuah kelab yang sabar dengan pengurusnya.
Mereka selalunya memecat secara drastik apabila tidak meraih keputusan baik. Pengurus kelab tidak akan diberi tempoh yang cukup untuk meletakkan pasukan di tahap yang dikehendakinya.
Disebalik keadaan tersebut, kemajuan yang dilakukan oleh Frank Lampard sedikit sebanyak sudah memenuhi kehendak pemiliknya.
Chelsea terikat tanpa jaringan dengan Tottenham pada minggu lepas. Lampard gagal merebut kesempatan untuk berada di puncak liga sejak mengurus pasukan itu pada Jun 2019.
Walaupun mereka gagal melakukannya, prestasi Chelsea sudah menunjukkan peningkatan baik selepas Lampard berada di sana selama 17 bulan.
Masalah kelemahan di barisan pertahanan berlaku sejak musim pertama Lampard berada disana. Chelsea kelihatan lebih mantap selama beberapa minggu lepas di unit itu.
Tottenham merupakan sebuah pasukan yang agak berbahaya dalam serangan balas pantas melalui Son Heung Min dan Harry Kane. 2 pemain ini berjaya dikekang di Stamford Bridge.
Sudah pasti Lampard sedikit kecewa kerana pasukannya tidak menggunakan kesempatan pada perlawanan itu tetapi isu tidak menjaringkan gol bukan masalah utama pasukannya.
Dalam gambaran lebih holistik, Chelsea masih berada dalam landasan betul walaupun Lampard perlu lebih masa untuk melihat pasukannya berada di puncak liga.
Tiada siapa mempunyai sebab untuk meragui kemampuan Lampard.
Lampard mengatakan kepada rakannya bahawa dia gembira dengan kemajuan yang berlaku di kelabnya sama ada ketika bertahan dan menyerang.
Sehingga kini Chelsea hanya tewas sekali (Liverpool) dalam 16 perlawanan di semua pertandingan. Chelsea juga sudah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati liga juara.
Chelsea berada di tangga ke-3 liga hanya dipisahkan 2 mata oleh Tottenham dan Liverpool. Chelsea juga merupakan pasukan yang mencetak banyak gol.
Lampard masih dianggap rookie dalam bidang pengurusan namun apa yang dilakukannya sudah mencuri tumpuan ramai peminat.
Pencapaian Lampard di Chelsea sebagai pemain, hubungan erat dengan peminat disana dan hubungan akrabnya dengan Avramovic menjadikannya dirinya amat sesuai dilantik menjadi pengurus.
Namun kelebihan itu tidak akan bertahan lama jika Chelsea sering mencatat keputusan buruk.
Lampard mencapai sasaran musim lalu walaupun dalam keadaan sukar. Kelab menjual pemain terbaik mereka Eden Hazard dan pada masa sama tidak boleh membeli pemain baharu.
The Blues perlu bergantung kepada pemain muda, salah satu keistimewaan Lampard dia memberi banyak peluang kepada kumpulan pemain muda dan masih mampu menamatkan liga di tempat ke-4, layak ke liga juara.
Pada musim ini harapan kelab lebih tinggi. Chelsea menghabiskan banyak wang pada jendela perpindahan dan tekanan itu akan tergalas ke bahu Lampard. Setakat hari ini Lampard berjaya menggalasnya.
Masih banyak perlu dilakukan oleh Lampard tetapi dia sudah melakukan permulaan cemerlang. Lampard tidak memberi ruang kepada sesiapapun untuk meragui kemampuannya.
Apa perubahan yang dilakukan Lampard?
Chelsea mempunyai fasa teruk di bahagian pertahanan, sering bolos. Sejak kebelakangan ini Chelsea hanya bolos 2 kali dalam 9 perlawanan terakhir mereka.
Edouard Mendy telah memberi perbezaan besar kepada Chelsea. Penjaga gol ini telah merekod 5 clean sheet dari 6 perlawanan liga.
Thiago Silva membawa pengalamananya. Pemain Brazil ini sudah berusia 36 tahun dan tidak akan bermain 2 kali seminggu. Lampard menggunakannya secara bijak untuk mengekalkan prestasinya.
Lampard mengeluarkan semula prestasi terbaik yang ada pada N’Golo Kante. Kante bersama Mateo Kovacic melakukan tugas cemerlang menjejak Kane dan Son pada minggu lepas.
The Blues semakin sukar dikalahkan.
Chelsea gagal menjaringkan sebarang gol ketika menentang Tottenham tetapi mereka mencipta banyak peluang walaupun berhadapan dengan parking bus.
Tammy Abraham mempunyai 3 peluang terbaik dan Giroud mempunyai 1. Mason Mount pula memaksa Hugo Lloris melakukan aksi menyelamat luar biasa.
*Pandangan asal ini ditulis oleh Alan Shearer